Friday, 30 October 2009

Wasiat Buat Isteri Tersayang


Gambar Sekadar Hiasan.

Bismi

Assalamualaikum..

Kali ini saya nak kongsi kisah seorang isteri yang mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri terhadap suaminya. Mungkin ada di antara sahabat² yang sudah baca kisah ini.
Di sini saya ingin berkongsi cerita ini kepada yang belum membacanya.

Sama²lah kita membaca dan kita mengambil iktibar dan pengajaran yang terdapat
dalam cerita ini. InsyaAllah.
Buat semua, pada yang dah berkahwin, baru nak kahwin ataupun akan berkahwin
nanti, kisah ni biarlah tersemat di dalam Jiwa kita...

Ceritanya bermula begini...

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun
kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).
Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani
di kampung beliau.
Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara
menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri
Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara
Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.
Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu.
Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada
arwah. Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu,
lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.


Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar
jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu. Antara jawapannya
ialah:

• Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).

• Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau

dan anak-anaknya.

• Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama

adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam
perniagaannya.Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.
Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan
kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya
untuk dibacakan surat wasiat arwah.
Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya.
Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah:

• 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.


• Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata

kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara
lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

• Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar

seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya
diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak,
dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

• Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk

menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

• Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta

Mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya.
Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah
surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.

• Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima;


• Manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.


Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana
tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton
saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh
isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu
kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyak
dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku
suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi
jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah
tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak
adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah
diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar
pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."

"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak-anakku
dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis
faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada
disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi
di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai
umat Islam.

| She Should Be Thankful... She Got The Forgiveness From Her Husband |

P/s: Marilah kita merenung kisah di atas. Semoga kita mendapat pengajaran dari kisah tersebut. Kepada isteri² taatlah kepada suami kerana Syurga terletak di bawah tapak kaki Suami..

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda,
“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!”


4 Nasihat Sahabat:

arnamee 30 October 2009 at 7:41 AM  

Salam..

takuttnya anem.
insyaallah,dapat jadi isteri solehah:)

huhu

Faarihin 7 November 2009 at 8:50 PM  

Salam..

saya baca pun jadi takut.. smoga perkara2 ni dijauhkan dari saya apabila bergelar sbg seorg isteri.. nauzubillah.. sgt2 menyedarkan dan menakutkan..

A.S.H Sinar 7 November 2009 at 11:54 PM  

Anem :
Semoga Anem dapat menjadi isteri yang solehah.. Amin...


Faarihin :
Semoga ia bermanfaat kepada yang bergelar isteri mahupun yang akan bergelar isteri..

Pompuan ni senang jer nak masuk syurga..
Taat pada suami dan x buat dosa² lain..

UUN UMAR ROBI 5 January 2010 at 6:51 AM  

thank you nasihatnya, sebegitunya ya...

salam kenal

Selamat Datang Ke:

Photobucket

Komen D'SinarWorld

About Me

My photo
Assalamualaikum...Aku bukanlah insan sempurna.. Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan dan ingin mencari sebuah kehidupan yang sempurna berlandaskan syariat Islam.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...

Pautan D'SinarWorld

PROWIR Masjid Al barakah PEMUDA

  ©Template by Dicas Blogger.