Saturday, 29 May 2010

Ehem... | Gambar Muslimahkah Ini..??? |



Bismi

MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam
dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa
hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang
menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah
sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda
posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir
jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA…

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..
Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...

P/s: sekadar peringatan untuk dikongsi bersama....

Sumber Artikal diambil dari web ILuvIslam.com

Renung²kan dan Selamat Beramal

3 Nasihat Sahabat:

puteripapa,  23 June 2010 at 8:53 am  

arus kemajuan dan kemodenan berlaku disanasini dari pelbagai segi. tudung dan fesyen juga tidak lari dari arus moden dan sofistikated kononnya.[gaya korporat walau bertudung ??] Rujuk majalah dara.com

saya komen-
apa guna bertudung tetapi singkat ?

2.berbaju ketat ditubuh melekat walau pakaian menutup aurat ? [TUTUP ke ??]

3.bukankah dari situ mulanya maksiat ?
[dari melihat2, jd terpikat dan bermula episode baru untuk mendekat ..dsbnya]

SANGAT SEDEYYY..percayalahh..dahlah di dada akhbar kisah pembuangan bayi dimana2 [gambar terpampang..siapa? muslimah. bertudung. sekolah agama. graduan.maahad.dsbnya] Dato Mashitah Ibrahim mengatakan kini, menular pula maksiat dan perkara2 ini dari pelajar sekolah agama. dan terkini berita semalam, pelajar mati akibat keguguran. Menangis saya. Menangis didlm kesungguhan.MALU sbg muslimah yang baru mahu mengorak langkah ke ILMU ALLAH ini. Semoga ALLAH mengampun dia. Kasihan kami gadis, perempuan dan wanita yang maseh belum mengenal diri sendiri..Nau'zubillah

Wassalam

A.S.H Sinar 28 June 2010 at 1:20 am  

Perbanyakkan belajar ilmu agama terutamanya ilmu ASAS FARDHU AIN... Insya Allah perkara seperti ini dapat di atasi...

Selamat Datang Ke:

Photobucket

Komen D'SinarWorld

About Me

My photo
Assalamualaikum...Aku bukanlah insan sempurna.. Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan dan ingin mencari sebuah kehidupan yang sempurna berlandaskan syariat Islam.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...

Pautan D'SinarWorld

PROWIR Masjid Al barakah PEMUDA

  ©Template by Dicas Blogger.