Wednesday, 9 September 2009

Mabuk Dalam Cinta Terhadap ALLAH



Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum kepada semua…

Ermm.. cepat sungguh masa berlalu.. Hari ini dah 19 Ramadhan 1430H, malam ni dah malam ke 20 Ramadhan.. dah bermula suku ke-3 dalam bulan Ramadhan iaitu 10 malam terakhir yang di dalamnya terdapat malam Lailatul Qadar (Malam 1000 bulan). Malam yang di nanti² oleh semua umat Islam di dunia untuk mencari malam Lailatul Qadar...
Sama²lah kita berusaha untuk mencari malam Lailatul Qadar dengan menambah sebanyak mungkin amalan² sunat... Insya Allah..

Alhamdulillah kita masih di panjangkan umur untuk meneruskan ibadat kita kepada Allah S.W.T sepanjang Ramadhan ini.
Sama²lah kita hayati artikal ini...

D
ikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, “Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar dia memberikan kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya.”

Berkata Nabi Isa a.s, “Wahai saudaraku kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu.”
Berkata pemuda itu lagi, “Wahai Isa a.s kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah.”

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, “Ya Tuhanku, berikanlah ia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu.” Setelah berdoa maka Nabi Isa a.s pun beredar dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s pun datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu sudah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah mendengar penjelasan orang itu maka Nabi Isa a.s berdoa kepada Allah S.W.T, “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu”.
Selesai sahaja berdoa maka Nabi Isa a.s pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, “Aku ini Isa a.s.”

Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, “Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusaia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya.”

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. ORANG yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. ORANG yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan daripada manusia.
3. ORANG yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakan-nya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah s.a.w telah bersabda, “ Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima:

1. MEREKA bercinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. MEREKA cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. MEREKA cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq
4. MEREKA cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. MEREKA cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.”

p/s: Sama²lah kita mengambil sedikit ilmu dari cerita ini..


4 Nasihat Sahabat:

Faarihin 10 September 2009 at 2:01 AM  

salam.. kisah ini sangat2 menyedarkan saya.. tapi saya khuatir jika saya tetap berterusan begini..

ASH Mad 10 September 2009 at 5:31 AM  

Kisah ini ke kisah yg saya bagi link kat Faarihin?

Faarihin 11 September 2009 at 4:41 PM  

Kedua-duanya ada gak kaitan dengan diri saya yang hina ni..

ili,  26 August 2010 at 2:19 AM  

subahanallah....betapa agungnya Sang Pencipta...smoga kita digolongkan dalam golongn yg dikasihiNya...aminn...

Selamat Datang Ke:

Photobucket

Komen D'SinarWorld

About Me

My photo
Assalamualaikum...Aku bukanlah insan sempurna.. Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan dan ingin mencari sebuah kehidupan yang sempurna berlandaskan syariat Islam.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...

Pautan D'SinarWorld

PROWIR Masjid Al barakah PEMUDA

  ©Template by Dicas Blogger.