Wednesday, 2 September 2009

Kisah iTiK aNgSa dan UNser


Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T. kepada saudara, saudari sekelian dan di doakan semoga di Rahmati Allah S.W.T

Kisahnya bermula di sebuah kampung. Tinggal la satu keluarga yang serba kedaifan & mereka berjirankan orang kaya. Kisah ini menceritakan Esey, Itik Angsa dan Unser.

Ceritanya bermula begini…

Esey masih ingat lagi kisah masa Esey kecik² dulu. Esey mempunyai jiran yang kaya…
Tiap² pagi Esey pergi ke sekolah berjalan kaki.
Tapi jiran Esey ke sekolah naik kereta ke, van ke… apa ke ntah! Esey pun x tau nama benda tu.
Esey selalu terbayang, bestnya jiran Esey tu jadi anak orang kaya.
Ke sana ke sini boleh naik kereta.
Takde la macam Esey ni ke sana ke sini cuma jalan kaki je. Abih² standart pun cuma tumpang basikal abah je.
Tapi nak buat macam mana mak dan abah Esey orang miskin.
Esey mempunyai seorang member kamcing bernama Upih.Upih ni I.Q dia lebih Advance dari Esey. Banyak perkara yang dia tau…

“Upih! Upih! Tengok la kereta dia tu! Apa nama kereta tu?”
“Oooo… kereta jenis tu.. Tu kereta tu nama dia MPV Unser.”
“Oooo… Unser… “ Jawab Esey”…

“Hmmm… kalau la abah Esey beli kereta macam tu, Esey bawa kau jalan-jalan.”
“Kau suruh la bapa kau beli. Aku pun teringin nak naik kereta macam tu.”

“Abah Esey miskin. Mana mampu nak beli.”
“Laa.. apa susah, kau suruh ja abah kau jual tanak ke, jual kerbau ke, dapat duit boleh la beli”
“Betul juga tu. Nanti Esey suruh abah Esey beli kereta Unser tu.”

“Abah,abah… boleh ke kalau abah beli kereta MPV Unser macam jiran kita tu?”
Sambil tersenyum abahnya berkata.. "Esey, Esey. Kau bukan tak tau kita ni miskin, mana abah mampu beli kereta macam tu."

“Ala.. abah jual la tanah kebun getah tu…”
Sambil ketawa abahnya berkata: Abih tu macam mana abah nak noreh nanti? Kalau abah tak noreh macam mana abah nak beli beras? Lauk ke, sayur ke, apa semuanya la. Nanti Esey juga yang lapar.”

“Betul tu Esey. Mak pun sokong pendapat abah kau tu. Lagi pun kalau abah kau mengangur, macam mana dia nak bayar sekolah kau.
Nanti kalau kita ada kereta Unser pun tapi takde duit nak tuang minyak tak guna jugak. Last-last naik basikat jugak.”

“Ha.. apa kata abah jual je kerbau kita tu?”
“Hai.. Esey… Esey… mana boleh. Itulah satu-satu binatang ternakan yang kita ada. Abah sayang la kerbau tu.”

Sambil merungut Esey berkata: “Abah! Apasal kita tak kaya macam jiran kita tu?
“Esey kena paham. Miskin kaya lumrah kehidupan…” jawab abahnya…

“Tuhan dah jadikan semua perkara ini ada hikmah dan sebab musababnya. Kalau orang miskin tak mau menorah getah, macam mana orang kaya nak beli tayar kereta? Sebab tayar kereta di buat dari getah.”
Abahnya menambah lagi.. “ Tapi kalau takde orang kaya, sapa plak nak beli tayar kereta? Penat-penat je orang miskin menorah getah tapi getahnya tak boleh nak jual. Abih macam mana nak dapat duit?
Jadi maknanya orang kaya dan orang miskin saling memerlukan. Esey paham maksud abah kan?”
“Ye… Esey paham.. Kalau abah tak nak beli takpe la…”

Sejak itu Esey selalu termenung. Hinggakan abah Esey pun naik risau.
“Sedih abah nengok Esey ni. Asyik termenung je.”

Akhirnya abah Esey berjanji untuk memenuhi permintaan Esey.
“Takpe.. takpe. Abah akan bekerja keras untuk menyetel problem Esey. Sabar ye.”
“Ye ke bah? Best la abah ni.” Esey betul² gembira mendengar jawapan abahnya.

Sejak hari itu Esey tengok abahnya bekerja bersungguh². Pagi menorah getah. Petang memanjat kelapa. Malam jadi jaga. Kadang-kadang kesian pula Esey tengok. Ni kerana memenuhi permintaan Esey.

Suatu hari….

Haa… Esey! Abah dapat dah apa yang Esey nak. Jeng! Jeng! Jenggg!”
“Ye ke ? bestnya!”

“Ni dia! Teng terenggg!!” (Abahnya menunjukkan 2 ekor itik angsa yang baru di beli)
Dengan terkejut: “ Apa? Itik angsa dua ekor?”

Esey menangis sambil berkata: “ wooo… abah buat lawak. Esey nak kereta MPV Unser bukan itik angsa. Wooo.. woo…!”

“Sabar.. Esey, sabar!
Walaupun abah tak mampu beli kereta MPV Unser tapi sekurang²nya abah dapat juga belikan itik angsa untuk Esey. Macam ni la… kita bela dulu itik angsa ni. Tentang kereta Unser tu nanti kalau ada rezeki kita, boleh la kita beli. OK?”

Sejak itu Esey dan abahnya bersungguh-sungguh membela itik angsa tersebut. Bila tengok itik angsa semakin membiak, seronok pula rasanya. Kini Esey dah semakin lupa pada kereta Unser sebab Esey lebih suka pada itik angsa.

Disamping menternak itik angsa, kitorang juga menjadikan telur itik angsa tu sebagai telur masin. Setelah bertahun-tahun lamanya, kitorang telah menjadi pengeluar telur masin profesional.
Kini kompeni mereka semakin maju.

Suatu hari…..

“Maafkan abah ye Esey. Masa kau kecik abah tak dapat memenuhi permintaan kau. Bila kau dah besar baru abah dapat melakukannya.”
“Eh! Apasal abah minta maaf kat Esey pulak ni? Sedih Esey mendengarnya. Apa maksud abah ni?”

“Maksud abah, abah dah berjaya belikan MPV Unser untuk Esey” Abahnya memberikan kunci kereta MPV Unser kepada Esey.
“Tenkiu abah! Tenkiu! Petang ni Esey nak ajak Upih jalan-jalan naik Unser sebab Esey dah janji sejak 15 tahun dulu lagi.”

Begitulah usaha yang disebabkan kasih sayang keluarga dan erti persahabatan antara dua sahabat. Akhirnya mereka berjaya mencapai apa yang dicita-citakan…

Begitulah berakhirnya kisah hidup Esey, Itik Angsa dan Unser..

Ps: Bersyukurlah dengan apa yang kita perolehi. Jika kita ingin berjaya kita perlu berusaha bukannya hanya berdoa semata² tanpa usaha.. Tanpa usaha segala-galanya kita tidak akan kecapi. “Usaha tangga Kejayaan”.
Dan apabila kita berjanji pula hendaklah kita tunaikan..
Sama²lah kita mengambil sedikit pengajaran dari kisah ini.

1 Nasihat Sahabat:

Faarihin 2 September 2009 at 12:15 PM  

ya.. usaha itu tangga kejayaan.. cerita ni pun panjang gak.. nanti de mase saya bace lagi.. baru baca awal ngan akhir je.. tengah2 postpone dlu.. hehehe.. (^__^)

Selamat Datang Ke:

Photobucket

Komen D'SinarWorld

About Me

My photo
Assalamualaikum...Aku bukanlah insan sempurna.. Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan dan ingin mencari sebuah kehidupan yang sempurna berlandaskan syariat Islam.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...

Pautan D'SinarWorld

PROWIR Masjid Al barakah PEMUDA

  ©Template by Dicas Blogger.