Monday, 28 June 2010

Saya Mahukan Wanita Solehah



Bismi

Assalamualaikum..

“Saya mahukan wanita Solehah, ibu. Saya harap ibu dapat carikan saya seorang wanita solehah yang akan mendampingi hidup saya, menghirup kesusahan dan kesenangan bersama saya,” kata saya kepada ibu satu ketika.

Masing-masing mempunyai definisi tersendiri tentang wanita solehah, saya juga tidak terlepas. Seperti itu jugalah setiap orang mempunyai definisi citarasa tersendiri tentang kecantikan. Yang pasti, lelaki mahukan wanita yang solehah yang mampu menempuh kehidupan bersama dan begitulah sebaliknya. Solehah itu bukan pada nama atau rupa, tetapi hati dan budi.

Solehah itu bukannya nampak pada mata tetapi nur dan sinarnya tersimbah di wajah. Yang solehah, pasti akan ternampak pada wajahnya lambang kesolehan. Tidakkah benar pernyataan saya?. Tidak usahlah kita susah-susah dan payah-payah mencari definisi huruf demi huruf untuk menarik perhatian. S untuk Solehah. O untuk Obama. L untuk Lembut, bukannya lembu. H untuk Hembusan Kewangian. A untuk Agama dan H untuk Hantu. Usah didefinisikan sebegitu. Ia bukanlah satu perkara yang menarik pun.

Yang jelasnya, solehah ialah satu simbolik kepada seorang wanita yang mencurahkan keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya sepenuh hati. Perasaan keimanan itu menyeluruhi seluruh ruang hidupnya sehingga meletakkan ia dalam ruang ketaqwaan dan peribadatan yang hakiki. Tanda solehah itu ada beberapa antaranya:

1) Menjadikan Allah dan Rasul sebagai keutamaan. Antara petandanya ialah, mereka selera beribadat dan mereka tidak menghalang suami mereka daripada menjalankan gerak kerja dakwah meskipun menyempitkan ruang untuk bersama.

2) Mentaati suami dengan mengasihinya segenap perasaan, menasihatinya jika tersilap dengan penuh kebijaksanaan, mendokong suaminya serta sentiasa memberikan motivasi selain mengingati perkara-perkara penting dalam kehidupan suaminya seperti tarikh lahir.

3) Menjadikan gerak kerja membawa Islam sebagai resepi kejayaan rumah tangga.

4) Meletakkan nawaitu untuk melahirkan anak yang bakal menyibukkan diri dengan amal Islami. Disebabkan itulah pemimpin Palestin menyebut, “Kekuatan kami ialah rahim-rahim isteri kami”.

“Macam mana kamu nak orang solehah sedangkan kamu kerja pun tak ada. Ada ke orang nak kat kamu yang kerja takde ni?” tanya ibu, sinis sekali. Saya terpukul dan membantutkan hujjah saya buat seketika. Namun hanya seketika. Saya menerawang berfikir. Ibu seorang kakitangan kerajaan.
Mungkin sejak saya dalam kandungan lagi ibu berpesan sambil mengusap perut, “Ngah, bila besar nanti, kena kerja kerajaan”. Aduh, berat sekali untuk berdepan dengan kehendak ibu yang mendesak sebegitu. “Nanti tok Kadi tanya kerja apa, ha..nak kahwin macam mana?” Begitulah kata ibu.

Saya mencari-cari. Mengintai-intai mana-mana muslimat yang kuat. Ada yang mahukan suami yang pandai buat roti canai. Ada yang mahu suami yang kerja tetap. Ada yang mahu menurut kehendak ibu bapa sahaja. Ada yang mahu senegeri. Ada yang mahu sebaya, tidak kurang juga yang mahukan yang lebih tua.
Ada yang mahu suami yang prihatin dan mengambil berat. Ada yang mahukan keromantikan. “Ada tak yang mahu orang yang tidak bekerja dengan kerajaan macam ana?” tanya saya kepada seorang sahabat akhawat satu ketika.
“Jadi, ustaz kerja apa? Takkan nak bagi dia makan pasir?” Tanya balik akhawat tersebut.

Ish, banyak songeh betul. Orang tanya, bukan nak jawab. Dipukulnya pula saya dengan persoalan itu. Aduh, peritnya. “Ustazah, ana meniaga,” balas ana balik. “Ustaz meniaga apa? Miskin je nampak,” Ish, budak ni. Memang nak kena. Aku luku sekali baru tahu. Kata saya dalam hati.
"Awat ustazah banyak sangat tanya ni ? Ke ustazah yang nak kat ana ?” Saya bagi buah kilas sekali. Terus dia terdiam dan, dot, dot, doooot. Fuh, malu la tu. Gerutu hati saya.

Saya berniaga dengan Allah. Biarlah Allah yang membalas segala usaha saya. Saya tidak gemar bekerja dengan manusia yang banyak protokolnya. Saya bukan semacam ibu. Malah saya berbeza dengan kakak Sarah yang rajin bekerja.
Adik-adik saya sinis berkata, “Ada orang tu, dapat kerja tapi tolak, kui..kui..,”. Apapun, saya masih mengembara mencari wanita solehah. Yang sanggup menghirup kesusahan bersama saya, terbang mencari ampunan Illahi melalui gerak kerja Islam.

Ahhh..saya mahukan wanita solehah, tolonglah! Kenapa saya mahukan wanita solehah? Kerana saya mahukan hidup saya bahagia. Saya tidak pentingkan yang romantik kerana cukuplah saya yang romantik. Saya tidak mahukan yang kaya-raya kerana saya sudah terbiasa dengan kesusahan.
Saya hanya mahukan Solehah. Ops.. maaf tersilap. Bukan saya mahukan Solehah tetapi saya mahukan calon Isteri yang SOLEHAH..

“Ustaz Mi, bagaimana caranya mahu mendapatkan wanita solehah. Saya ingin menjadikannya teman berbicara tentang ilmu, teman seperibadatan, teman yang berkongsi perasaan dan permasalahan. Bagaimana caranya Ustaz Mi?” tanya saya kepada sahabat saya Azmi satu ketika. Walhal, Azmi sendiri teraba-raba mencari wanita solehah.
“Enta ni Dzul. Enta nak orang Solehah, tapi enta pula entah apa-apa. Macam mana enta nak orang Solehah kalau macam ni?” Aduh, saya terpukul sehingga kelebam-lebaman dibuatnya..

Jadi, persoalannya di sini.. Jika kita inginkan calon yang SOLEH/SOLEHAH maka kita juga hendaklah berusaha mendidik diri kita dahulu supaya menjadi SOLEH/SOLEHAH..
Kemudian kita serahkanlah jodoh kita kepada ALLAH.. Insya Allah jika kita dah SOLEH/SOLEHAH kita juga akan mendapat calon yang SOLEH/SOLEHAH seperti janji Allah "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik." Amin...

sumber: dzulkhairi.blogspot.com

Dipetik dari:-
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1428

Buatmu Mujahidah SOLEHAH



Bismi

Dengan kecantikanmu,
Kau lebih indah daripada mentari,
Sinar wajahmu,
Dipancari nur iman yang Hakiki,

Dengan akhlahmu,
Kau lebih wangi dari segala haruman,
Lebih indah dari segala perhiasan,
Perhiasan dunia,
Engkaulah yang terindah,

Dengan rendah hatimu,
Kau lebih tinggi dari rembulan,
Walaupun hatimu di dasar lautan,
Tetap disanjung,
Setinggi bintang berkelipan,
Indah nian menghiasi malam,

Dengan kelembutanmu,
Kau lebih halus dari rintik hujan,
Renyai membasahi bumi ciptaan Tuhan,
Dalam kelembutan itu,
Ada jua ketegasan muslimah sejati,
Engkaulah mawar berduri,

Maka,
Pertahankanlah keindahan ini,
Agar terusan menjadi sayap kiri perjuangan Islam,
Berjuang Lillahi Taala,
Martabat Ad-deen istiqamah dipelihara,
Penegak kalimah Allah di muka Bumi,

Engkaulah Mujahidah Sejati....

Apabila Syaitan Bermesyuarat ????



Bismi

Semoga kita akan terus memperbaiki diri kita dengan menyingkap
kehidupan mereka dalam menegakkan Islam yg suci... insyaAllah.
Secebis ilmu dr sahabat, ana tolong forwardkan untuk dikongsi
bersama...moga ianya mampu menjadi peringatan bersama, insyaAllah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat
dan salam di atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw, para sahabat,
syuhadak serta muslimin dan muslimat.

Syaitan Bermesyuarat (bacalah meskipun anda berada dalam kesibukan) ...

Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal
ucapannya, dia berkata, "Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari
mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca
Al-Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar. Malah kita tidak
dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan
Allah. Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka
pengaruh kita keatas mereka akan terputus."
"Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka; biarkanlah mereka
menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung, tetapi curilah
waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina
perhubungan dengan Pencipta."

"Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah," kata Syaitan: "lalaikan mereka
dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan yang
penting itu sepanjang hari."

"Bagaimana caranya?" jerit para iblis.

"Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam
kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka,"
jawabnya "pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang,
hutang, hutang. Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat
jangkawaktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 - 7 hari
seminggu, 10 - 12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka
yang kosong itu."

"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila
keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi
menawarkan ketenangan dari tekanan kerja."

"Rangsangkan minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar
suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau keset sewaktu
memandu, biarkan TV, VCD, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah
mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa
memainkan musik yang tidak islamik. Ini akan membenakkan minda mereka
dan memutuskan perhubungan dengan Allah."

"Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar. Sumbatkan minda
mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka dengan
papan-papan iklan. Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh,
katalog jual gaya pos, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan
promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma;
dan impian palsu."

"Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majalah
dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama,
dan mereka akan tidak berpuas hati dengan isteri-isteri mereka."

"Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami mereka
di malam hari. Tambahkan sekali dengan pening kepala! Jika mereka tidak
bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka, suami akan
meninjau-ninjau di tempat lain. Ini akan memporak-perandakan keluarga
mereka dengan pantas."

"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut Kristian untuk melalaikan
mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan
hari-hari perayaannya."

"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekreasi. Buatlah
sehingga mereka terlalu letih sesuai berekreasi. Sibukkan mereka
sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan
tentang ciptaan Allah. Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan,
acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang."

"Jadikan mereka SIBUK, SIBUK, SIBUK!"

"Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian, libatkan
mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak
tenang ketika bersurai."

"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak
mempunyai kesempatan meminta pertolongan dari Allah. Tidak lama selepas
itu mereka akan melakukannya dengan kederat mereka sendiri, mengorbankan
kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja amal tadi."

"Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukan calang-calang perancangan ini!
Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk
menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin
terkejar-kejar ke sana ke sini. Hanya mempunyai sedikit masa sahaja
untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka. Tidak berkesempatan untuk
menceritakan kepada orang lain tentang kekuasaan Allah agar terbuka
hati mereka kepada Islam. Rasa saya, persoalannya di sini,

"Adakah perancangan Syaitan ini telah berhasil?"

~ Hakimilah sendiri! Adakah sibuk (BUSY) bermakna :

B-eing U-nder S-atan's Y-oke? - Berada di bawah telunjuk Syaitan?

Wallahua'lam...

Setelah membaca ARTIKAL ini jangan dibiarkan sahaja..

>> SEBARKAN... kepada Saudara & saudari seagama dgn kita <<

Penyakit Hati | Lebih Bahaya |



Bismi

-Tazkirah Remaja : Ustaz Mohd Zawawi Yusoh-

TUAN ada penyakit ke? Kalau ada tanda demam yang kuat cepat-cepatlah
pergi berjumpa doktor. Mana tahu ada apa-apa, boleh bertindak awal
kerana bimbang juga dengan kedatangan gelombang kedua H1N1 sekarang.
Hari ini ramai yang sanggup berbelanja besar demi kesihatan, sebab
kesihatan sangat berharga. Bila ada saja yang sakit, pasti ramai yang
bersimpati. Semakin moden dan canggih dunia, semakin cepat kita dapat
penyakit dan semakin cepat juga kita mengesan penularan sesuatu penyakit.

Pun begitu, semakin canggih dan prihatin manusia terhadap kesihatannya,
manusia masih lupa memberi perhatian terhadap penyakit hati yang jauh
lebih bahaya daripada penyakit fizikal. Penyakit hatilah yang akan
merosakkan keharmonian rumah tangga. Mengganggu suami isteri orang,
maka berlakulah kecurangan dan lupa tanggungjawab.

Tidak memberi nafkah akhirnya berkecai rumah tangga. Anak jadi tidak
keruan dan hilang kasih sayang. Bila hati sudah berpenyakit maka akan
hilang rasa takut kepada Allah, merosot serta comot integriti, tidak lagi
rasa diperhati, depan orang alim tetapi di belakang menjadi "maling".
Itu sekadar contoh kesan akibat penyakit hati yang terlalu banyak
keburukannya. Siri kali ini penulis mahu bincangkan antara tanda penyakit
hati. Kalau sudah ada tanda maka kena berhati-hatilah. Antara tanda penyakit
hati tidak boleh dikesan sesiapa pun adalah:

1) Malas melakukan ketaatan dan amal kebaikan.
Malas menjalankan ibadah, bahkan meremehkannya pula. Contohnya melakukan
solat bukan dengan "sengaja' tetapi dengan tidak sengaja dan terpaksa.

Kalau buat pun tidak khusyuk dan ada kesungguhan. Mereka merasa berat untuk
menjalankan ibadah sunnah. Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan mereka tidak mengerjakan solat, melainkan dengan malas dan tidak (pula)
menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan."
(Surah at-Taubah ayat 54).

2) Tidak tersentuh ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat berkenaan janji dan ancaman Allah, maka tidak
terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyu atau tunduk dari membaca
al-Quran dan mendengarnya.

Sedangkan Allah memperingatkan dalam al-Quran yang bermaksud:
"Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut kepada
ancaman-Ku." (Surah Qaaf ayat 45).

3) Tidak tersentuh dengan ayat kauniyah
Tidak tergerak dengan adanya peristiwa yang dapat memberikan pelajaran
seperti kematian, sakit, bencana. Dia memandang kematian atau orang yang
sedang diusung ke kubur sebagai sesuatu yang tidak kaitan dengannya.
Nabi bersabda yang bermaksud:
"Cukuplah kematian itu sebagai nasihat dan peringatan".

4) Berlebihan mencintai dunia serta melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata. Segala
sesuatu diperhitung, dikira berasaskan dunia. Cinta, benci dan hubungan
dengan sesama manusia hanya untuk urusan dunia saja seolah hidup hanya untuk
dunia dan berakhir di dunia .

5) Berkawan dengan orang yang melakukan maksiat
Ini salah satu sebab terbesar yang mempengaruhi kerasnya hati seseorang.
Orang yang hidupnya di tengah gelombang kemaksiatan dan kemungkaran, bergaul
dengan manusia yang banyak berkubang dalam dosa, banyak bergurau dan tertawa
tanpa batasan, banyak mendengar muzik yang melalaikan serta menghabiskan
harinya untuk tujuan maksiat.

6) Kemaksiatan berantai
Penyakit hati lahir dari kemaksiatan baru akibat kemaksiatan yang dilakukan
sebelumnya sehingga menjadi lingkaran syaitan yang sangat sukar bagi seseorang
itu melepaskan dirinya.

7) Meremehkan dosa kecil
Memang ada dosa kecil dan besar, tetapi perlu diingat semua dosa akan membawa
ke neraka. Seperkara lagi, kita perlu faham dosa besar bermula dengan dosa kecil,
banjir besar bermula dari titis hujan.

8) Tidak peduli sumber makanan
Orang yang hatinya berpenyakit dan keras ini biasanya kurang prihatin dengan
sumber makanan, halal atau haram. Begitu juga dengan syubhat, yang dia kira
sedap dan enak, selera kena tinggi. Makan di mana pun tidak kira kedai orang
Islam atau bukan Islam yang penting kaw dan kaw. Begitu juga dengan punca
pendapatan, sudah tidak peduli lagi sumber rezeki datang dari mana kerana yang
pasti dapat banyak, hidup kaya raya. Rasuah, curi, seludup, ampu ke semua dibedal.


Itu antara beberapa tanda yang sempat dibicarakan dalam ruangan ini dan
harapnya ia dapat menambah maklumat kita semua. Mengenai cara mengatasi
dan merawatnya Insya-Allah pada masa akan datang.

Sumber:-
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penyakithatilebihbahaya/Article/index_html

Sunday, 27 June 2010

Tanda 100 Hari Sebelum Sakaratulmaut


Bismi


• Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

• Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

• Tanda 7 hari.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

• Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

• Tanda 1 hari.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

• Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahua’lam..

10 Strategi Syaitan Membuka Aurat Wanita



Bismi

Semoga entri ini berguna buat para wanita… Insya Allah..

Strategi Pertama – Menghilangkan hijab(penutup)

Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih
berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat.
Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata
bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh
dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai
pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya
berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya
bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar
berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada
strategi yang lebih licik seperti di bawah.

Strategi Kedua – Membuka bahagian tangan

Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan.
Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi,
syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan
berkata {tak mengapa jika memakai baju lengan pendek….kamu masih
pakai tudung...} Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek
terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju
lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya
maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi
{tidak mengapa kan..?}

Strategi Ketiga – Membuka leher dan dada

Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi
syaitan dan berbisik {tak mengapa kan membuka lengan…sekarang ada
fesyen baru yang merendahkan bagian dada..baju ini terbuka sedikit
saja agar kamu tidak terasa panas…orang pasti berkata biasa saja…}
Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit,
sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.

Strategi Keempat – Berpakaian tetapi bertelanjang

Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini
syaitan berbisik {baju kamu itu dah biasa …dah ramai orang yg pakai..
sekarang ini ada fesyen baru lagi…baju ini tipis dan ketat saja..
boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu.. tidak apa-apa,
sebab potongan baju ini masih panjang…} Maka wanita ini pun memakai
baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang
dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut
oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Strategi Kelima – Membuka sedikit

Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan
berbisik {susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini…bergerak pun
terasa terbatasi…apa kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke
lutut.. nanti lebih senang kamu untuk duduk..tidak mengapa kamu
rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa..} Maka dipakailah
pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan
memudahkan dlm bergerak.

Strategi Keenam – Membuka telapak kaki dan tumit

Syaitan berbisik lagi {sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian ini..
kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut…kamu potong aja
lagi hingga diatas tumit…kamu pendekan kain ini sehingga atas tumit
akan memudahkan km berjalan..} Wanita terus mengikuti godaan syaitan
ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.

Strategi Ketujuh – Membuka separuh betis

Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata
masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi
{fesyen kamu ni masih biasa saja…orang macam tak kisahkan…apa kata
kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol..di pasaran banyak kain
skirt..tak perlu beli yang sangat pendek …yang separuh betis saja..}
Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka
dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.

Strategi Kelapan – Membuka seluruh betis

Wanita ada terfikir { Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih
dengan wanita zaman nabi dulu ? } Syaitan pula menggunakan muslihat dengan
mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata {AH!! tidak..
sekarang zaman dah berubah..dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan
auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka… yang seksi-seksi terutama,
mesti tidak terlalu seksi tp terbuka sedikit…di pasaran banyak pakaian
zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis….kalau kamu tidak ikut kamu
akan ketinggalan zaman..} Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang
menampakkan seluruh betis.

Strategi Kesembilan – Serba mini

Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi
syaitan menghasut {pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti
itu saja..kamu perlu pakai skirt mini…kamu akan nampak lebih seksi dan
menawan..} Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja
yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya
juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada
dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian
kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.

Strategi Kesepuluh – Hampir semua terbuka

Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan
berbisik {pakailah kamu bikini..semua di sana pakai baju itu.. kamu tak perlu
malu ..} Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup
sebagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila semua lelaki
memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi.

Semoga beroleh manfaat dan selamat beramal..

Sumber:-
http://www.isuhangat.net/2010/06/09/10-strategi-syaitan-membuka-aurat-wanita/#more-2005

Friday, 18 June 2010

Ceramah & Kuliyah Ustaz Kazim Elias



Koleksi Kuliyah-kuliyah Ustaz Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz.

Terima Kasih Kepada KULIYAH.NET, PMM (Abdul Jabbar), NAYOE, SALMAN AL-FARISI, MANCHUPPING, di atas sumbangan beberapa Kuliyah.


Kesemua kuliyah yang didownload adalah dilarang sama sekali digunakan untuk tujuan komersial. Sila minta izin daripada penceramah jika ingin mengkomersialkan kuliyah yang didownload.

(Dengan mendownload mp3 ini, maka saya "BERSUMPAH" tidak akan menggunakan mp3 ini bagi tujuan komersial. Saya berjanji mp3 ini akan digunakan bagi tujuan menuntut ilmu sahaja.)

Kelebihan Isteri Yang Taat Pada Suami *****



Kerenah Isteri 1 (Yg nak kahwin mesti dengar) *****



Kerenah Isteri 2 (Yg nak kahwin mesti dengar) *****



Bila Kita Ada Ayah Dan Ibu *****



Anak Derhaka *****



Sedekah ****



5 Pesanan Kepada Abu Hurairah ****



Mudahnya Islam ****



Adat-Adat Giliran (Poligami)*****



Turunnya Nabi Isa a.s *****



Warna Hati Remaja ***



Sumpah Tuhan *****



Petua Untuk Anak-Anak *****



Tautan Kasih *****



Kelebihan Anak Perempuan *****



Hukum Allah *****



Dajjal *****



Manusia Dayus *****



Bersugi ****



Aurat Wanita *****



Cemburu *****



Isi Neraka (Lelaki dayus)*****



Dinasour *****



Artis *****



Bersatulah *****



Allah Maha Mengetahui *****



Tanggungjawab Suami (Mesti dengar) *****



6 Jahanam ****



10 Orang Yang Tidak Diterima Solat *****



Selamat Mendengar dan Semoga dapat menambah Ilmu.. Insya Allah..

Sekali lagi diingatkan bahawa:-
Kesemua kuliyah yang didownload adalah dilarang sama sekali digunakan untuk tujuan komersial. Sila minta izin daripada penceramah jika ingin mengkomersialkan kuliyah yang didownload.

(Dengan mendownload mp3 ini, maka saya "BERSUMPAH" tidak akan menggunakan mp3 ini bagi tujuan komersial. Saya berjanji mp3 ini akan digunakan bagi tujuan menuntut ilmu sahaja.)

Yang di tanda (*****) Mesti dengar...

Selamat Datang Ke:

Photobucket

Komen D'SinarWorld

About Me

My photo
Assalamualaikum...Aku bukanlah insan sempurna.. Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan dan ingin mencari sebuah kehidupan yang sempurna berlandaskan syariat Islam.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...

Pautan D'SinarWorld

PROWIR Masjid Al barakah PEMUDA

  ©Template by Dicas Blogger.