Tuesday, 13 October 2009

Kasih Sayang Antara Pasangan



Bismi

Assalamualaikum....

Bacalah kisah di bawah. Sesungguhnya ada pengajaran yang boleh diambil dan diaplikasi dalam hidup kita. Mungkin bukan setakat pada orang yang disayangi tetapi juga rakan-rakan, teman-teman dan orang di sekeliling kita.
Mungkin ada yang telah membaca dan mengetahui kisah ini, tapi di sini saya lampirkan semula kisah ini supaya ada di antara kita yang masih belum membaca dan mengetahuinya akan mendapat sedikit manfaat daripada kisah ini.

Ceritanya berbunyi begini....
Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada
suaminya:

"Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia
membincangkannya. "Saya akan mulai dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak
sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat ...

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir ... "Maaf, apakah saya harus berhenti?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab suaminya.

Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang
tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan
manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,
"Sekarang giliran abang membacakan senaraimu".
Dengan suara perlahan suaminya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh
pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya...bahawa suaminya menerimanya apa adanya. Ia menunduk dan menangis ...

p/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain,
carilah kekurangan sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?.. Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ade yang perlu diperbaiki... wallahualam

Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita tak kira siapa pun sebenarnya adalah yang mencintai kita kerana kelebihan kita dan menerima kita kerana kelemahan kita. Dan sudah pastilah orang ini ikhlas dalam menyayangi diri kita... INSYA ALLAH.

15 Nasihat Sahabat:

{ Ibu Naufal } 14 October 2009 at 8:41 am  

erm...btul tu.kita ni manusia yg serba kekurangan dan x sempurna..siapalah kita nak org yg sempurna..

kalau kita nak ubah sesorg tu ikut ape yg kita suka..kita bagaikan hidup dengan bayang2 sendiri.

so.terima lah psgn kita apa adanya..=)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ 14 October 2009 at 8:53 am  

sungguh menarik article ni ...alangkah sedihnya si suami... :'(
patutnya bila kita dah terima orang tu sebagai pasangan hidup kita ..kita pun dah bersedia nak terima segala kekurangan yang ada pada diri orang tu ....Suami isteri patut saling melengkapi apa yang kurang antara satu sama lain .

A.S.H Sinar 14 October 2009 at 3:14 pm  

Sebelum kita menilai seseorang tu sepatutnya kita nilai diri kita dulu.. kalau diri dah ok baru la nilai diri orang.. lagi satu klau dah kawin tu sepatutnya kita kena terimalah suami/isteri kita seadanya..
Walau buruk sekalipun dia tetap pasangan kita..
kalau tak suka baik tak payah kawin kan????? buat apa kawin kalau tak suka, bila dah tak suka ni mcm² lah perkara boleh berlaku.
Gaduh adat la bila dah tak suka,silap² sampai cerai berai.. huhu..
sekadar pandangan peribadi saya je...

~ummusumayyah~ 14 October 2009 at 6:01 pm  

Salam 'alaik ya akh..

well..yup, nice post..tetibe hati ni jadi hiba pula..kita harap sangat pasangan kita sempurna tapi kita tak sedar diri kita ni macam mana..

susah sebenarnya nak cari orang yang benar2 sayangkan kita n ikhlas dalam menyayangi kita..kalau kalian dah ketemu, hargailah baik2 ye..

p/s : sekadar peringatan tuk diri sendiri yang masih kurang dari segala segi.. ='(

A.S.H Sinar 14 October 2009 at 11:54 pm  

Yup.. betul kata Filzah susah nak cari orang yang betul² sayang dan memahami kita.
Jadi kalau dah jumpa tu jagalah perhubungan itu dengan seadanya..

Terima kasih yer sudi beri pandangan di blog ana yang tak seberapa ni...

Faarihin 16 October 2009 at 3:34 pm  

salam incek ash..

susah nak jumpa lelaki macam itu.. huhuhu.. (^__^)

bukan semua orang benar2 memaknakan perkataan.. "terima seadanya"

A.S.H Sinar 16 October 2009 at 11:04 pm  

Faarihin : Salam.. Ermmm betul tu.. tak ramai lelaki yang macam tu, so kalau dapat yang macam tu patut bersyukur.. Dan jagalah baik²...

Anem Arnamee 17 October 2009 at 3:54 am  

Salam.

kena faham. itu yg susah. tapi insyallah, perlu belajar terima seadanya itu kan.
:)

Lia3003 17 October 2009 at 10:05 am  

saya suka bblog awak..so, saya follow and link awak..nak baca entry akan datang..=)

A.S.H Sinar 17 October 2009 at 2:41 pm  

Arname :
Tu la walaupun susah kita kenalah usaha untuk sama² memahami.. barulah hidup kekal selamanya..
Kalau masing² tidak memahami antara satu sama lain dan tidak terima dgn seadanya mcm mana perhubungan tu nak kekal...

Jadi kesimpulannya 2-2 pihak kenalah belajar memahami sesama sendiri.

A.S.H Sinar 17 October 2009 at 2:43 pm  

Liyana :

Terima kasih kerana follow dan link kan blog saya..
Buat masa sekarang saya sibuk ckit dan x sempat nak update.
InsyaAllah kalau ada masa saya akan update..
Rajin²lah ziarah blog saya yer...

~UmmU SoLehah~ 21 October 2009 at 5:06 pm  

^_^ kisah yg mengharukan..

alhamdulillah..

lepas bca kisah tu..

& bca komen2 yg ada..

nampaknye kisah ni berkesan pd jiwa2 insan y mbaca..

erm.. ^_^

bagi ana..

tak salah juga jika kita melihat kelemahan pasangan kita..

'Melihat' dengan pandangan kasih..
'Menilai' pasangan dengan nilaian iman..

maksudnye.. jika ada kelemahan..ade kekurangan boleh ditegur dan diperbaiki..
bukan kita inginkan pasangan itu sempurna..
tapi ingin dia menjadi hamba Allah yang baik..
ingin dia berakhlak baik..
jgn kerana terlalu syg..memberi 1 kaliamh nasihat pun kita tidak mempunyai kekuatan..
Itu bukan syg..

Sesungguhnya kita adalah sebaik2 Ummah.. kita menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari berlaku kemungkaran.. ingt pesan Allah itu ^_^


jika kita 'Melihat' pasgn dari pndangan nafsu..
dari situ kita akn melihat kelemahan yg menyebabkan kebencian dan 'kebosanan' dan akhirnya menyebabkan hilang rsa syg..

Sesungguhnya Allah Mencipta Cinta..Dia mempertemukan kita dengan Insan yang kita Cinta..

Berdoalah pada-Nya..

***agar Insan yang menjadi teman hidup kita itu terbaik untuk kita.. dan kita juga terbaik untuk teman hidup kita..bukan inginkan kesempurnaan..tapi inginkan ketenangan bersamanya dalam pperjalanan bersama menggapai Kasih, Cinta dan Sayang disamping Cahaya Cinta Agung-Nya..

Allah Maha Penyayang..
Subhanallah..

smoga kita mendapat Rahmat Dari-Nya..

Ameen..

A.S.H Sinar 21 October 2009 at 11:31 pm  

Terima kasih ana atas pandangan dan nasihat yang ana berikan.

Banyak manfaat kepada yang membaca dan juga kepada diri saya..

~UmmU SoLehah~ 22 October 2009 at 12:16 am  

^_^ kita sma2 manfaatkn mn yg baek..

ana 'on the way' nak jadi ustazah..
masih study..
apepon, skg mmg da ade org pggl ustazah..

alhamdulillah..

smoga bnar2 berakhlak sperti 'ustazah'..^_^

A.S.H Sinar 23 October 2009 at 12:12 am  

Ana : Insya Allah semoga ana berjaya menjadi ustazah dan saya pula boleh lah belajar dari ana yer...

Terima Kasih yer ustazah atas nasihat ustazah tu... hehe

Selamat Datang Ke:

Photobucket

Komen D'SinarWorld

About Me

My photo
Assalamualaikum...Aku bukanlah insan sempurna.. Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan dan ingin mencari sebuah kehidupan yang sempurna berlandaskan syariat Islam.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...

Pautan D'SinarWorld

PROWIR Masjid Al barakah PEMUDA

  ©Template by Dicas Blogger.