Thursday, 31 January 2008

Tazkirah Dan Renungan..

APA YANG TERSIRAT DISEBALIK
BERWUDUK

UNTUK RENUNGAN BERSAMA..

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak. Janganlah kau hitamkan muka ku ini”.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “ Ya Allah, berikanlah hisap-hisap ku di tangan kanan ku ini”.
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,” Ya Allah, janganlah kau berikan hisap-hisap ku di tangan kiri ku ini”.
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,” Ya Allah, lindungilah daku dari terik Matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu”.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, “ Ya Allah , ampunilah dosa telingaku ini”.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatah kamu dengan,” Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, “ Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”.


PENJELASANNYA:

Penjelasan nombor 1 :
Kita hati- hati bercakap benda benda yang tak berfaedah.

Penjelasan nombor 2 :
Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

Penjelasan nombor 3 :
Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.

Penjelasan nombor 4 :
Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.

Penjelasan nombor 5 :
Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

Penjelasan nombor 6 :
Hati-hati mendengar orang mengumpat , memfitnah dan lain-lain.

Penjelasan nombor 7 :
Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

Penjelasan nombor 8 :
Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai diantara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam islam mempunyai Hikmahnya yang tersendiri.

Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambul wuduk sedemikian rupa?.

Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati islam?.

Bersyukurlah dan bertaubat selalu


LIMA PESANAN DARI SYAIKH AK – BALKHI

“ Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan

1) Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.
2) Ambil apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya.
3) Lakukan maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azapnya.
4) Persiapkan bekal didunia untuk selama kamu tinggal di dalam kubur.
5) Beramallah untuk Syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal di dalamnya.”



CUBA FIKIR BETUL ATAU TIDAK

Dari Abu Hurairah r.a katanya:

Seorang lelaki menghadap Rasulullah S.A.W Lalu bertanya:
Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar?

Nabi S.A.W menjawab:

Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayang hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya raya.

Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata:
Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu (H.R Al-Bukhari)


Kain Kapan

Sekadar Renungan Kita Bersama...

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj. Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj. Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar, pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj. Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya. Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj. Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj. Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini. Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat,"jelas Hj. Teepo dengan genangan air mata "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku." Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj. Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj. Teepo."Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?" Hj. Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj. Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj. Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja."Isterinya masih ragu-ragu.
"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi. "Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang... ." "Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj. Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.
P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu... .. Ambik le iktibar... .


Sinar World Home

0 Nasihat Sahabat:

Selamat Datang Ke:

Photobucket

Komen D'SinarWorld

About Me

My photo
Assalamualaikum...Aku bukanlah insan sempurna.. Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan dan ingin mencari sebuah kehidupan yang sempurna berlandaskan syariat Islam.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...

Pautan D'SinarWorld

PROWIR Masjid Al barakah PEMUDA

  ©Template by Dicas Blogger.