Monday, 17 August 2009

Brothers - Pohon Hijau

Brothers - Pohon Hijau
dowlod



Lirik


Pohon hijau itu berdiri kaku
Pohon hijau itu berdiri kaku
Megahnya di celah pohonan
Ibarat lukisan hidup
Tetap tegak dan kaku

Pohon hijau itu tetap kaku
Lantas desiran kedengaran
Amat sayup dan sayu
Ia mula bergerak

Pohon hijau itu tidak kan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Begitulah diibaratkan
Dunia dengan kehidupan
Bermulanya di daratan
Kini menuju ke tengah lautan

Angin yang menderu
Datang tak menentu
Ombak memukul pelayaran
Apakan tergoyang keimanan

Untukmu teman bajailah hidupmu
Sirami hatimu dengan ketaqwaan
Dalam mencari keredhaan Tuhan

Hati-hati teman
Meniti salju kehidupan
Nan rapuh bisa cair dan runtuh

Bersama angin lalu kutitipkan harapan
Agar terus tabah hadapi cabaran

Pohon hijau itu yang dulu kaku
Kini mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Pohon hijau itu tidakkan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Bila kejayaan sudah digenggaman
Ingat-ingat teman kita kan pulang

Pohon hijau itu kini kaku
Ia tak bergerak lagi
Ia pastikan layu
Gugur di taman ini

4 Nasihat Sahabat:

Faarihin 18 August 2009 at 11:54 pm  

Salam..
dah lama tak dengar lagu ni.. lagu ni best.. suke sgt dengau.. (^__^)

Andaforex V 1.01 19 August 2009 at 12:03 am  

salam sejahtera kepada pemilik blog ini!
disini saya cuma nak suarakan pandangan terhadap widget anda yang memboikot amerika dan negara-negara maju nih..
kita sebagai seorang muslim memang sepatutnya memboikot barangan orang2 yahudi tapi kena fikirkan faktor penting sekali
-internet
-komputer
-software microsoft
-coca cola
-panadol
-blog
-yahoo dan google

kalau nak boikot betul2,jangan guna apa yang kena list kat c2 sebab semua tu dicipta oleh orang yahudi dan amerika..kalau betul2 nak memboikot biar dari hujung kepala sampai hujung kaki,kalau tak boleh nak boikot saya sarankan
anda buka widget boikot tu..
hentikan blog awak sebab blog milik google ni milik orang amerika..
menyebarkan kebencian bukannya tabiat baik seorang muslim.
saya bukan nak sokong dan juga bukan nak boikot orang yahudi dan amerika,tapi harus ingat,Allah swt tak mengajar kita untuk membenci
sesama manusia..walau apapun yang mereka lakukan..
sedangkan Nabi berperang bukan kerana kebencian tetapi kerana kebenaran..

p/s:fikirkanlah..

A.S.H Sinar 19 August 2009 at 12:37 am  

Terima kasih di atas nasihat anda..
Memang susah kita nak boikot semua benda sebab majoriti barangan yang kita guna milik israel dan amerika termasuklah perkakasan komputer.. Oleh itu kita boikotlah sekadar yang termampu sahaja dari x boikot langsung..

Andaforex V 1.01 19 August 2009 at 1:10 am  

saya berharap agar saudara tidak marah akan nasihat saya..cuma sekadar nasihat

p/s:saya juga boikot cuma saya x tunjuk..terutamanya coca cola..
hmm...jangan tunjuk kat orang cukup la..bila orang tanya,saya kata taknaklah,banyak gula...

p/s:selamat berpuasa,tak lama lagi tu

Selamat Datang Ke:

Photobucket

Komen D'SinarWorld

About Me

My photo
Assalamualaikum...Aku bukanlah insan sempurna.. Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan dan ingin mencari sebuah kehidupan yang sempurna berlandaskan syariat Islam.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...

Pautan D'SinarWorld

PROWIR Masjid Al barakah PEMUDA

  ©Template by Dicas Blogger.