Wednesday, 20 May 2009

Pesanan Untuk Orang Cantik




Bismi

Assalamualaikum..

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w. kerana Baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam lagi perkara.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-NYA. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini.

Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, itu satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasaan si cantik menghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Jika anda merasakan diri anda buruk, itu lebih baik daripada cantik tapi kecantikan itu akan boleh membinasakan anda sendiri. Orang cantik selalunya lebih digilai. Cabaran untuknya melalui hidup dengan lebih tenang agak sukar. Kemana saja dia pergi dia akan diburu. Dia mungkin kuat untuk bertahan tapi ramai orang cantik akhirnya kecundang.

Sedari anak dara orang cantik menjadi hambatan orang. Kadang-kadang dia menjadi mangsa perebutan yang menumpahkan darah. Setelah dia dimiliki dia tidak bebas daripada hambatan mereka yang pernah jatuh cinta terhadapnya, tidak kira samaada dia mengetahui mahupun tidak. Tatkala dia bergelar janda cabarannya lebih hebat. Terus menjanda akan digelar janda berhias, menamatkan kejandaan dituduh tidak setia.

Ibarat rama-rama yang diberikan sayap indah. Ia melirikkan mata setiap orang yang melihat. Kadang-kadang orang tidak sekadar melihat tapi mahu memiliki. Kadang-kadang orang tidak peduli bagaimana caranya untuk dia memiliki. Yang penting dia dapat.

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan yang setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas daripada rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia terus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan ALLAH!

Oleh itu Bersyukurlah dengan apa yang ada..
Ingatlah setiap apa yang ALLAH jadikan Tentu ada HIKMAHNYA..

Monday, 18 May 2009

Pak Long - Berendam


Sebuah lagi lagu Nyanyian dan Ciptaan Pak Long...

Pak Long - Cinta Di Langkawi Klik SINI Untuk Dengar

Pak Long - Berendam
Best Jugak Lagu ni..
Layanzzzzzz...

Thursday, 14 May 2009

Satu Kisah Percintaan Yang Menarik

Assalamualaikum....
Di sini saya nak kongsi satu cerita yang menarik tentang Kisah cinta...
Kepada sesiapa yang ingin bercinta tu harap² dapat ambil sedikit pengajaran dlam cerita ini..

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."

P/S: Adakah cinta perlu mempunyai sebab?? Oleh itu bercintalah pada hati bukan pada paras rupa..

Saturday, 9 May 2009

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum...

Sayangilah Ibumu...

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron lalu menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak dan membacanya

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu dibelakang kertas yang sama:

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum,pakaian dan keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis
'Telah Dibayar'
padam mukasurat yang ditulisnya.
Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,
"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?
"Rasulullah menjawab,
"Ibumu (dan diulang sebanyak tiga kali),
kemudian ayahmu,
kemudian saudara-saudara terdekatmu."


Oleh itu Sayangilah Ibu Kita Selagi Ibu Kita Masih Bernyawa...
Janganlah sesekali menderhaka kepada Ibu Kita..
Ingatlah Bahawa Syurga Di Telapak Kaki Ibu..



Friday, 8 May 2009

Pesanan Buat Wanita

Kepada Wanita Mesti Baca...

Allah berfirman yang bermaksud:

Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi
mempunyai keinginan kepada perempuan)dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui prang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung. (surah An-Nur ayat 31)

Allah berfirman yang bermaksud:

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan) Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras (dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik. (surah Al-Hadid ayat 16)

Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTI DULU. Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita-wanita ketika itu. Tetapi kini segala- galanya telah berubah makin jauh kita dari zaman Rasulullah makin kita jauh dari amalan agama.

Dalam ayat yang sama juga Allah menegur kita supaya tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini. Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban menutup aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh membuatkan mereka lalai. Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah "belum sampai seruan". Seruan apa yang ditunggunya atau seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu? Bukankah Allah telah seru untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi. Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi? Lihat lagi ayat di atas Allah berfirman:
"Katakan kepada orang-orang perempuan yang beriman" Allah dengan khusus gunakan perkataan "beriman" dan bukannya "wahai manusia" kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orang yang beriman sahaja.

Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan Allah, Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat adalah sungguh bertentangan. Allah telah menggariskan peraturan dan rasul telah mengajarkannya dan peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya. Tetapi kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan kain putih sebelum kita sempat menutup aurat. Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga. Bimbang "esok tiada bagi mu". Gembirakanlah Allah dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah dan rasulnya dapat menggembirakan kamu.
BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.

Wallahu a'lam.
Tiada sesiapa dapat mengubah diri kita melainkan kita sendiri..
Renung²kanlah...


The Fikr - Wanita Solehah

Sinar World Home

Khalifah - Saiba

Lagu ni pun Aku minat juga.. Layan je...



lagu : Saiba
Penyanyi : Khalifah

kawe mitok demo..balik mari smula
harap demo trimo..mitok demo soba

oh saiba…oh saiba..oh saiba..oh saiba…

bakpo demo lari nyo tinggal kawe
sapa nyo hati demo tinggal gi
bakpo demo lari nyo tinggal kawe
sapa nyo hati demo tinggal gi

kawe mitok demo..balik mari smula
harap demo trimo..mitok demo soba

kawe mitok demo..balik mari smula
harap demo trimo..mitok demo soba

kawe tidok seko..demo buat gitu
saloh sikit sajo..sapa maroh gitu lalu
kawe tidok seko..demo buat gitu
saloh sikit sajo..sapa maroh gitu lalu

oh saiba…oh saiba..oh saiba..oh saiba…
oh saiba…oh saiba..oh saiba..oh saiba…

Khalifah - Saiba

Selamat Datang Ke:

Photobucket

Komen D'SinarWorld

About Me

My photo
Assalamualaikum...Aku bukanlah insan sempurna.. Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan dan ingin mencari sebuah kehidupan yang sempurna berlandaskan syariat Islam.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...

Pautan D'SinarWorld

PROWIR Masjid Al barakah PEMUDA

  ©Template by Dicas Blogger.