Friday, 2 April 2010

Sifat MUNAFIK dan HIPOKRIT




Assalamualaikum...

"Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang Munafik yang nyata,
dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu
sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu :
Apabila bercakap ia dusta,
Apabila berjanji ia mungkiri,
Apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan
Apabila berbalah (bertengkar) ia nak menang."



Riwayat oleh Al'Syaikhan dari Ibn. 'Amr.
Huraian :

Sifat munafik ialah sifat-sifat hipokrit (seperti
sejenis binatang sesumpah) atau sifat talam dua
muka atau musang berbulu ayam atau berpura-pura
jujur. Seorang yang munafik ialah seorang yang
berpura-pura baik dan jujur. Seorang yang
bersifat telunjuk lurus kelingking berkait atau
pepet di luar runcing di dalam. Ia bercakap manis
tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang
boleh percaya cakap dia, ia pandai berjanji tapi
mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi
ia cabuli dan apabila ia berbalah ia nak menang
walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah
asalkan orang boleh percaya cakap dia,dia juga
pandai bodek atau mengampu seseorang.

Seorang yang munafik ialah seorang manusia yang ada
otak tapi tidak berpendirian, mudah gadai pegangan
hidup; dia ialah orang yang suka berbalah atau
bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila
diperlukan oleh kepentingannya.

Oleh kerana Islam memperjuangkan kejujuran dan
amanah umum yang dilandaskan di atas kesedaran
dan keimanan bahawa Allah itu Maha Melihat dan
Maha Mengetahui segala apa yang terpendam di
dalam lubuk hati, maka Islam menganggap sifat
hipokrik itu sebagai merbahaya yang menghancurkan
keutuhan dan keselamatan iman seseorang, juga
sebagai dosa yang besar.

Hadis ini menyebut empat ragam sifat munafik :
1. Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati
amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh
temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak
menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-
baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan
sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan
kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan
keluarganya.

2. Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan
dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta
samada dengan lisan atau tulisan, memutar belit
dan memesongkan keteranngan yang sebenar,
mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk
disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-
kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda
liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata
dan bicara termasuk membesarkan yang kecil dan
memperkecilkan yang besar.

3. Mencabul janji-janji yang diikrarkan dan
mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama.

4. Ingin menang dalam pertengkaran walaupun
terpaksa menegakkan benang yang basah atau
terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan
hujjahnya.

Semua sifat-sifat munafik yang tersebut itu boleh
menimbulkan kesan yang amat buruk kepada
ketenteraman masyarakat manusia, malah boleh
menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh
menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama
lain yang merupakan batu asas bagi kerukunan
sesebuah masyarakat yang padu dan kukuh, selagi
mana ada manusia serupa ini dunia ini tidak akan
aman tenteram.

p/s: Ya Allah Jauhkanlah Hambamu ini dari sifat MUNAFIK & Hipokrit...
Pimpinkanlah Hambamu ini ke jalan yang diredhai-MU Ya Allah..
Segala puji bagiMU Ya Allah, kau ciptakan kami sebagai hambaMU
dan sebagai Umat Nabi Muhammad S.A.W KekasihMU
Amin...

1 Nasihat Sahabat:

fahanie 13 April 2010 at 10:53 am  

Sesungguhnya sebagai insan yg lemah kita banyak terpesong dari nikmat-NYA..
kesabaran hanya sedikit..
ampunkan hambaMU ini Ya Allah..
aku lemah dlm menghadapi ujianMU..
aku cuba utk menyelami akan hakikat hidup ini..hanya kepadaMU kami kembali..amin

Selamat Datang Ke:

Photobucket

Komen D'SinarWorld

About Me

My photo
Assalamualaikum...Aku bukanlah insan sempurna.. Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan dan ingin mencari sebuah kehidupan yang sempurna berlandaskan syariat Islam.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...

Pautan D'SinarWorld

PROWIR Masjid Al barakah PEMUDA

  ©Template by Dicas Blogger.