Sunday, 13 September 2009

Wanita, Fesyen Dan ............

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum kepada semua…

Photobucket

Berbicara tentang wanita ni memang banyak masalah yang terjadi yang membuatkan saya terlintas untuk menulis tajuk sebegini. Bukan apa hari² apabila keluar rumah untuk pergi kerja mesti akan terjumpa dengan wanita yang berpakaian seksi dan menjolok mata (fokus saya hanya kepada wanita yang seksi dan mungkin yang kurang pengetahuan sangat tentang cara berpakaian), bagi yang berpakaian sopan tu harap dapat berkongsi coretan saya ini.
Mungkin isu ni dah banyak orang buat dan mungkin ramai dah yang tau tapi takpalah saya gagahkan juga untuk menulis. Mungkin ada yang terlepas pandang tentang isu ni dan janganlah kita pandang remeh perkara berkenaan aurat dan hukum Allah ini.

Sebelum itu di sini saya ingin menjelaskan bahawa saya ini bukanlah ustaz, saya hanya Hamba Allah yang hina dan juga tak lepas dari melakukan kesilapan. Tujuan saya menulis tentang isu ini hanyalah sekadar untuk berkongsi ilmu dan terutama sekali untuk mengingatkan diri saya sendiri dan keluarga saya.. Setiap manusia yang hidup di dunia ini tak terlepas dari melakukan kesilapan, jadi diharap sesiapa yang baca isu ini dapat berkongsi ilmu dan juga dapat menerima segala teguran yang ingin saya sampaikan ini.

Pertama sekali saya amat terkilan sedikit tentang cara berpakaian yang selalu di pakai oleh wanita. Yelah cara berpakaian yang menjolok mata dedah sana dedah sini, belah sana belah sini, ketat sana sini dan sebagainya. Ermm.. pada bulan puasa ni pun masih ada lagi yang berpakaian seksi sedangkan kita tahu semua syaitan dibelenggu pada bulan puasa. Takkan nak salahkan syaitan lagi??? Tak payah la kita ke Bandar besar untuk melihat wanita seksi ini (biasanya di Bandar saja yang ramai) tapi sekarang kita pergi ke pecan kecil pun dah ramai yang berpakaian macam tu.

“Kenapa wanita berpakaian seksi?”

Tentu anda tahu jawapannya.
"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"
Ermm… tepuk data tanyalah iman..
Sapa yang perlu kita persalahkan?? Mungkin ada yang jadi begitu disebabkan keluarga tidak membari didikan agama sejak kecil dan mungkin belum mendapat Hidayah Allah S.W.T. Tapi tanpa usaha kita untuk berubah mana mungkin kita akan berubah. Jadi persoalannya kita sendiri yang patut mendidik diri kita untuk berubah InsyaAllah Allah akan memberi Hidayah kepada hambanya yang ingin berubah.
Tidak takutkah kita kepada azab api NERAKA???
Di bulan yang mulia ini saya berharap akan ada ramai yang melakukan tranformasi.. jika sebelum ini tidak bertudung kepada bertudung. Sayangilah diri anda, kalau anda tak sayangi diri anda siapa lagi yang akan menyayangi diri anda.

Janganlah beri alasan belum bersedia seperti apa yang selalu artis ucapkan. Cuba kita fikir kalaulah kita beri alasan belum bersedia tiba² dalam keadaan kita yang masih belum bertaubat itu datang malaikat Maut untuk menjemput kita. Adakah kita akan cakap kepada malaikat Maut supaya jangan ambil nyawa aku lagi sebab aku belum bersedia..
Mana mungkin ajal boleh di tunda². Sampai bila kita nak bagi jawapan mcm tu? Kalau umur panjang Alhamdulillah la kita perlu bersyukur sangat² sebab sempat juga bertaubat tapi kalau umur pendek? "Lu pikirlah sendiri..." kata Ahmad Nabil Ahmad.

Bagi yang bertudung pula saya lihat masih ramai lagi yang tak faham macam mana cara bertudung yang sebetulnya... Sebenarnya ramai yang salah anggap tentang cara menutup aurat ini..
Ramai yang anggap bila pakai tudung saja kira dah tutup aurat, sedangkan baju dan seluar yang mereka pakai ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan. Itu bukan cara berpakaian yang Islam tetapkan. Bagi artis pula cara pakai tudung banyak yang tak betul (tak semua) saya bukan nak mengata sesiapa tapi memang dah hakikatnya begitu. ada sesetengah Artis pakai tudung bila ke majlis tertentu sahaja seperti bila ada majlis agama baru nak bertudung, kalau takdak ermmm jangan harapla nak pakai tudung. Bila pakai pula bukannya tutup sepenuhnya… (pakai tudung tapi rambut depan nampak?) ntah la malas nak cakap pasai artis ni...

Selalu yang kita tengok cara berpakaian seperti :
Lihat Gambar di bawah:

imej

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.
Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Sumber (Gambar dan Kesilapan kerap wanita): Ustaz Zaharuddin (Klik untuk ke laman UZAR)
Itu berdasarkan pada gambar, ada satu lagi cara berpakaian yang salah dan sering wanita pakai ialah berpakaian lengkap bertudung tapi pakai baju lengan paras bahu.. Apa cerita tu? Adakah itu cara menutup aurat? Itu bukan tutup aurat namanya.. Klau pakai macam tu namanya tutup tubuh je… tutup aurat ini kenalah tutup seluruh tubuh dan hanya muka dan telapak tangan sahaja dibenarkan untuk di tunjuk. Tu tak kira lagi yang pakai baju ketat dan bertudung tapi bila naik moto nampak body belakang. Dah tu pandai pulak dia tarik baju yang ketat tu untuk tutup.. “ Laa.. kenapa pulak nak tutup? Dah pakai macam tu tak payah la tutup.” Tau pula malu.. kalau dah malu pakai la elok² sikit..
Tu la tabiat orang kita, pada mulanya dia yang pakai macam tu dah tu buat apa la nak pi tutup pulak? Biar sajalah dah nak pakai sangat. Kenapa pula nak rasa malu??
Kalau dah tau malu tak payah la pakai macam tu… Kenapa tau mau fakir dulu sebelum pakai..

Mungkin ramai yang tak faham cara berpakaian sebenar dan apa itu Aurat? Itu baru cerita yang bertudung, kalau yang tak bertudung pula… tak payah cakap la.. sedangkan yang pakai tudung pun masih ada yang salah inikan pula yang tak bertudung..
Sebenarnya pakai tudung ini banyak kelebihannya. Ramai juga yang persoalkan kenapa aurat lelaki sedikit sedangkan aurat wanita banyak. Adilkah??? Yang ni saya tak berani nak jelaskan kerana saya bukan ustaz.. Allah maha adil, tentu ada kelebihan pada setiap yang Allah jadikan…

Teringat saya pada satu soalan yang kawan saya pernah tanya saya..
“ Antara wanita yang pakai baju kurung tapi tak pakai tudung dengan wanita yang pakai baju ketat lengan paras bahu tapi bertudung mana lebih elok?”
Ermm.. buntu juga saya untuk menjawabnya…
Bagi saya kedua-duanya tak betul. Tapi bagi saya yang pakai baju ketat bertudung tu lebih teruk dari yang pakai baju kurung tapi tak pakai tudung (pandangan saya saja) kerana yang bertudung tadi dia faham hukum tak pakai tudung ni berdosa besar tapi dia sendiri yang tak faham cara sebenar muslim berpakaian..
Jadi, kesimpulannya kita kenalah belajar dan mengamalkannya..
Janganlah kita hanya mengaku Islam tapi hakikatnya kita tak ikut pun garis² yang Islam tetapkan.

Beralih kepada laman sosial pula, saya amat kecewa dengan cara berpakaian mereka.
Ada yang dedah aurat sehingga menampakkan payudara.. dah tu pula bila kita tengok status agama, mereka letak Muslim. Apa ini? Adakah dalam Islam cara berpakaian sebegitu? Mereka yang berperangai sebegini telah mempermainkan Islam. Dah la melakukan dosa dengan tidak menutup aurat, dah tu pula tambah lagi dosa tunjuk kat orang. Astaga… banyak² lah bertaubat sementara pintu taubat masih terbuka tambah² pula di bulan Ramadhan ini. Cuba kita bayangkan kalau orang asing tengok tentu mereka anggap cara Islam berpakaian begitu.. Dengan hal seperti itu boleh menjatuhkan maruah orang Islam..

Lagi satu yang saya kurang senang ialah apabila pergi ke Bazar Ramadhan pada bulan puasa. Tujuan utama pergi nak beli juadah tapi bila pergi pahala puasa kurang begitu sahaja kerana mata kita tak terlepas dari pandang mereka yang berpakaian seksi ini.
Ntahla mungkin Allah belum buka lagi pintu hidayah buat mereka.. Alhamdulullah saya bersyukur kerana saya diberi Hidayah oleh Allah S.W.T. dan oleh sebab itulah saya terpanggil untuk menulis berkenaan isu ini walaupun saya tak berapa pandai. Tahun ini saya hanya pergi 3 kali saja ke bazar, itu pun sebab member yang ajak. Bukan apa kalau pergi hari² rasanya puasa saya tahun ini kurang la pahalanya kerana ramai yang berpakaian seksi (kalau tutup mata, macam mana nak jalan) hehehe…

Maaf jika ada yang terasa tapi inilah hakikatnya yang perlu kita ketahui..
Saya rasa cukuplah sampai sini dulu saya tulis. Sekali lagi dijelaskan saya bukanlah ustaz, jadi saya ingin memohon maaf jika penulisan saya ini ada yang salah harap yang lebih arif dapat memperbetulkannya.
Yang baik itu datang dari Allah, Yang tak baik itu datang dari diri saya sendiri..
Wallahualam…

p/s: Kepada yang benar² terasa tu Alhamdulillah dan usahalah untuk memperbaiki diri kita sebelum terlambat. Tambah² di bulan puasa ini yang pintu taubat masih terbuka luas untuk hambanya.. Sya juga ingin memohon maaf jika penulisan saya ini ada mengguris hati sesiapa. Saya doakan semoga semua mendapat Hidayah oleh Allah dan diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang penuh mencabar ini..
Saya harap tiada sesiapa yang menyimpan dendam dengan penulisan saya yang tak seberapa ini.. Anggaplah ia sebagai ilmu pengetahuan..

Disini ada link ceramah ustaz shamsuri tentang Aurat (Harap dapat download dan dengar)
Sekadar untuk berkongsi dan semoga kita sama² dapat belajar dan menambah ilmu pengetahuan kita untuk bekalan di Akhirat nanti… Insya Allah. Amin…..

Ustaz Shamsuri Hj. Ahmad - Aurat dowlod

2 Nasihat Sahabat:

Faarihin 16 September 2009 at 1:26 AM  

salam.. wah.. satu entry yang menarik untuk saya dan wanita2 yg lain.. (^__^)

Ina NaiLofar 18 September 2009 at 9:45 AM  

salam ziarah...

wow, rupanya byk faedah juga drpd blog ini yea...moga suma pengunjung blog ini akan dpt faedahnya...

May Allah bless u...truskan ng n3 yg bhikmah :)

Selamat Datang Ke:

Photobucket

Komen D'SinarWorld

About Me

My photo
Assalamualaikum...Aku bukanlah insan sempurna.. Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan dan ingin mencari sebuah kehidupan yang sempurna berlandaskan syariat Islam.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...

Pautan D'SinarWorld

PROWIR Masjid Al barakah PEMUDA

  ©Template by Dicas Blogger.