Tuesday, 13 July 2010

Bagaimana Syaitan Memasuki Hati Manusia?



Bismi

Assalamualaikum..

Di sini ada cara² bagaimana syaitan memasuki hati manusia..

* Terlalu cintakan kepada dunia sedangkan kehidupan di akhirat
tiada langsung di dalam hatinya, baginya kehidupan hanya sekali
sahaja iaitu di dunia.

* Terlalu melayan perasaan dan panjang angan-angan kerana sifat
ini akan mengeraskan hati.

* Terlalu rakus kepada kehidupan dunia kerana ia akan membuahkan
sifat tamak.

* Bakhil dengan apa yang dimiliki dan yang diperolehinya kerana
ia merupakan pintu kepada kesombongan.

* Riya’, besar diri dan anggkuh kerana ia merupakan punca kepada
sifat kemunafikan.

* Ujub dan sombong.

* Sentiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap orang lain
dan berdendam.

* Memandang remeh akan dosa-dosa kecil kerana ia akan mendorongkan
lagi manusia berterusan dalam melakukan dosa kecil dikira sebagai
melakukan dosa besar.

* Merasa suka dan gembira bila mendapat sesuatu musibah atau
azab dari Allah.

* Memandang rendah kepada orang lain kerana sifat ini merupakan
tapak bercambahnya sifat dengki dan membuka pintu kebencian.

* Bodoh diatas setiap tindakan dan perbuatan tetapi tidak pula menyedari
akan kebodohannya itu sebaliknya merasakan dirinya sentiasa betul.

* Suka kepada pujian dan sanjungan kerana ia merupakan punca
timbulnya sifat besar diri dan sombong.

* Ketika sedang marah kerana marah itu merupakan bara api dari neraka.

* Putus asa dengan rahmat Allah, sifat ini akan membuatkan seseorang
merasakan dunia yang begitu luas ini terlalu sempit baginya, oleh kerana
terlalu kecewa ia sanggup melakukan apa saja.

Wallahua'lam...

Muslimah vs Putus Cinta | Tips Mengatasi Putus CINTA



Bismi

- www.iluvislam.com -

Umum kita sudah mengetahui bahawa berpasangan, bercinta, couple selain daripada hubungan sah suami isteri dan apa sahaja istilah yang seerti dengannya adalah haram di sisi agama kita Islam. Walau bagaimanapun, jika kita lihat pada generasi kita yang bergelar remaja sekarang, ramai yang hanyut dalam arus percintaan. Setelah terngadah baru tersedar bahawa cinta yang terbina itu memakan diri sendiri. Cinta yang terjalin tadi akhirnya sia-sia, punah seribu harapan, impian, dan janji-janji.

Nasi sudah menjadi bubur, penyesalan memang akan tetap singgah. Kesunyian akan menerpa. Namun ingat wahai muslimah! Jangan pernah berkata yang hati anda kosong hanya kerana 'I have no boyfriend’ sebab Allah tetap ada. Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan kepercayaan kepada-Nya.

Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya.

Jangan berasa rendah diri, ingatlah bahawa segala yang diciptakan Tuhan adalah cantik. Jika inginkan jodoh yang baik, perbaikilah diri anda, muhasabahlah diri, hentikan perkara yang dilarang-Nya dan kerjakan segala perintah-Nya selagi pintu taubat masih terbuka luas. Di sini, sekadar ingin mengutarakan pendapat dan berkongsi tips kepada para muslimah, jangan jadikan kegagalan cinta sebagai penamat hidup anda. Teruskanlah berusaha kerana dirimu begitu berharga.

TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:

1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.

2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.

4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.

5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.

Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin menghadapi masalah putus cinta. Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana. Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.

“A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever.”
Sulamkanlah cinta itu dengan ikatan yang SAH. Wallahua'lam.

Sumber : I Luv Islam

Siksa Perempuan Di Akhirat



Bismi

Assalamualaikum..

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat, Renungan khususnya untuk para wanita.
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala
ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis?

Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'kan, aku melihat perempuan-perempuan
yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis.
Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

* "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

* Perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.

* Aku lihat perempuan yang digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituang ke dalam kerongkongnya.

* Aku lihat perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun2 dan dibelit beberapa ular dan kala jengking.

* Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.

* Aku lihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting neraka.

* Perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai.

* Aku lihat perempuan yang bentuk rupanya seperti anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya." kata Nabi.


Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?
Rasulullah menjawab, "Wahai putriku,

1. "Adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan mahramnya."

2. Perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

3. "Perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya."

4. "Perempuan yang diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang mampu sholat dan berpuasa tetapi tidak mau mengerjakannya, tidak berwudhu dan tidak mau mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi yaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas."

5. "Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan mahramnya dan suka mengumpat dan menceritakan aib orang lain."

6. "Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan mahramnya."

7. "Perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai ialah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

8. "Perempuan yang bentuk rupanya seperti anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Semoga bisa menjadi bahan renungan dan muhasabah buat diri kita..

Wahai saudariku sesama muslimah, tidakkah hati tergugah membaca hadist ini ???

Wallahu a'lam..

Sumber: http://deltapapa.wordpress.com/2008/07/02/siksaan-yang-menimpa-wanita-penghuni-neraka/

Wahai Lelaki Jangan Diremehkan Aurat Anda!



Bismi

Assalamualaikum...

Aurat lelaki seperti yang dinyatakan dalam mana2 perbincangan
agak longgar berbanding wanita kerana selain waktu bersendiri
dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut
sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat,
auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga
kalau dia berada di khalayak ramai.

Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan
menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya
memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah
barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar
pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.

Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar
pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat
bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga
mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu
aurat lelaki tersebut masih terpelihara?

Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang
menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki
dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana
kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah
lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu?
Jawapannya ialah tidak sah.

Bagaimanapun pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang
sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu tidak
terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek
yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan
ternampak lututnya. Tidak berdosakah dia ketika itu? Jawabnya
tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika
waktu lain dia berdosa.

Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelakat yang
digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak
pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan
di serambi pasti tersingkap juga auratnya.

Bagaimana kalau dia melakukan solat dengan kain itu walaupun
dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya
akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya.
Sahkah solatnya?

Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah
bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya.
Agaknya berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa
kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.

Kalau berdasarkan keterangan di atas adalah haram hukumnya,
bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar
pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar
pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan
itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.

Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala
bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan?
Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah,
betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan
sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia
melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.

Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam
teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup
tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata
tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam (dari Bahrain)
dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat
dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.

Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu
diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan
pergerakan pantas. Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja
tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan
padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon
pengecualian bagi atlet Muslim.

Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan
aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa
dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui
sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?

p/s: Ingatan untuk diri sendiri dan sahabat2..

Kisah Menarik | Kisah Susu Ibu



Bismi

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika.
Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan
sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku
yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut !
Ni kes berebut anak lelaki le… .

Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama,
maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar
bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA.

Lalu doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang
doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut.
Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut
mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut!

Jadi doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak
selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran
ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di
dalam Al-Quran.

Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari
mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya,
iaitu seorang ulama terkenal dari mesir.

Ulama dari mesir tu pun bertanya apa masalahnya. Setelah diceritakan
segalanya, Ulama mesir tersebut tersenyum. Ulama mesir tadi suruh
diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian
tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian,
mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.

Setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan
ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut,
mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa
yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata,
ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu
sebenar kepada anak lelaki tersebut !

Kemudian doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran,
maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah
2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian
harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan
‘harta’, maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan!

Wallahua'lam..

Subhanallah… Maha Agungnya Allah…

Kisah Kerajaan SEMUT



Bismi

Assalamualaikum..

Satu kisah menarik yang mesti di baca...

Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut…

Malaikat Pendakwa: Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut?

Gadis Semut: Errr! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.

Malaikat Pendakwa: Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama? soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.

Gadis Semut: Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan.

Malaikat Pendakwa : Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga ( bentak kepada Malaikat Pembantu yang lain).

Malaikat Pendakwa : Wahai ibu bapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu? (tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya)

Ibubapa: Kami lalai tuan, kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kami ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama. Jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.

Malaikat Pendakwa : Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga.( bentak Malaikat Pendakwa).

Malaikat Pendakwa : Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?( tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.)

Ustaz dan Ustazah: Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan.

Malaikat Pendakwa : Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini?

Ustaz dan Ustazah : Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan.

Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Pendidikan. Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?

Menteri Pendidikan : Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan. (terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut).

Malaikat Pendakwa : Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu? (tegas soalan dari Malaikat Pendakwa).

Menteri Pendidikan : Perdana Menteri kami, tuan. (lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka).

Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga!! Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.

Malaikat Pendakwa: Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini!??

Menteri Besar: Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.

Malaikat Pendakwa: Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan?

Menteri Besar: Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya. Lemah jawapan Menteri Besar tersebut.

Malaikat Pendakwa : Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini. Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.

Tuhan Semut: Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina.

Jika anda seorang yang berakal, tentunya anda dapat menangkap
maksud petikan ringkas cerpen diatas. Semoga Allah tidak melaknat
kita dan memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas sikap
sambil lewa dan cuai kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan negara.
Walaupun ada satu dosa kecil yang dilakukan oleh mana-mana pihak,
maka kita pun akan dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan
dosa ini dilakukan walaupun tanpa kita sedar. Jika ditafsir dengan
lebih mendalam, kita bukan sahaja berdosa apabila mengangkat pen
membuat pilihan yang salah, tapi turut dicampakkan ke dalam golongan
yang sama apabila mempunyai kemampuan tetapi tidak mengangkat tangan
untuk bertindak membantu golongan si Gadis Semut.

Renungan untuk Sahabat-sahabat semua..

Sumber:- www.iluvislam.com

Selamat Datang Ke:

Photobucket

Komen D'SinarWorld

About Me

My photo
Assalamualaikum...Aku bukanlah insan sempurna.. Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan dan ingin mencari sebuah kehidupan yang sempurna berlandaskan syariat Islam.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...

Pautan D'SinarWorld

PROWIR Masjid Al barakah PEMUDA

  ©Template by Dicas Blogger.