Friday, 30 October 2009

Wasiat Buat Isteri Tersayang


Gambar Sekadar Hiasan.

Bismi

Assalamualaikum..

Kali ini saya nak kongsi kisah seorang isteri yang mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri terhadap suaminya. Mungkin ada di antara sahabat² yang sudah baca kisah ini.
Di sini saya ingin berkongsi cerita ini kepada yang belum membacanya.

Sama²lah kita membaca dan kita mengambil iktibar dan pengajaran yang terdapat
dalam cerita ini. InsyaAllah.
Buat semua, pada yang dah berkahwin, baru nak kahwin ataupun akan berkahwin
nanti, kisah ni biarlah tersemat di dalam Jiwa kita...

Ceritanya bermula begini...

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun
kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).
Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani
di kampung beliau.
Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara
menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri
Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara
Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.
Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu.
Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada
arwah. Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu,
lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.


Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar
jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu. Antara jawapannya
ialah:

• Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).

• Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau

dan anak-anaknya.

• Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama

adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam
perniagaannya.Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.
Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan
kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya
untuk dibacakan surat wasiat arwah.
Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya.
Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah:

• 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.


• Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata

kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara
lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

• Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar

seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya
diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak,
dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

• Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk

menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

• Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta

Mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya.
Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah
surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.

• Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima;


• Manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.


Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana
tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton
saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh
isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu
kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyak
dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku
suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi
jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah
tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak
adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah
diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar
pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."

"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak-anakku
dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis
faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada
disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi
di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai
umat Islam.

| She Should Be Thankful... She Got The Forgiveness From Her Husband |

P/s: Marilah kita merenung kisah di atas. Semoga kita mendapat pengajaran dari kisah tersebut. Kepada isteri² taatlah kepada suami kerana Syurga terletak di bawah tapak kaki Suami..

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda,
“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!”


Thursday, 22 October 2009

Cinta Hakiki & Cinta Nafsu. Di mana kedudukan Kita?



Bismi

Assalamualaikum…

Apa yang kita faham tentang cinta?
Cinta itu memang indah dan Cinta memang ada pada setiap manusia, tapi kita perlulah berhati² dengan Cinta. Berbagai² kemungkinan boleh berlaku kerana Cinta, malah ada yang sanggup bunuh diri kerana CINTA. Ada juga yang kurang siuman dan hidupnya tidak terurus disebabkan oleh CINTA.
Cinta terbahagi kepada dua iaitu Cinta Hakiki dan Cinta Nafsu. Oleh itu, kitalah yang akan menentukan samada cinta yang lahir dalam diri kita itu adalah cinta yang berlandaskan syariat ALLAH atau cinta mengikut NAFSU semata².

Sebelum kita mengetahui apa itu Cinta Hakiki dan Cinta Nafsu di sini saya terangkan sedikit makna cinta. "Makna Cinta yang saya post di sini bukanlah ciptaan atau definisi saya sendiri tetapi saya ambil dari kata² ‘Ustaz Kazim Elias’ dalam ceramah beliau yang bertajuk ‘Ibu Mertuaku’."
Jadi moga² kita sama² beroleh sedikit manfaat…

Apa itu Cinta…???
"Cinta adalah 2 Hati menjadi 1. Dua orang Hati Satu"
Itulah dinamakan
CINTA..
Setiap manusia ada perasaan Cinta. Jadi Cinta adalah perasaan yang telah Allah kurniakan kepada setiap manusia.
Kita tidak boleh halang seseorang jatuh Cinta, tapi kita cuma boleh bimbing Cinta itu ke arah kebaikan. Cinta itu mestilah bersih dan murni. Jangan cemari Cinta dengan perkara yang cemar dan dosa. Selalunya Cinta itu akan berakhir dengan perkahwinan.
Tetapi cinta itu juga sebenarnya ialah tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan.

Contohnya:
“Tipah Abang sayang kamu, Abang cinta pada kamu, tapi Tipah Abang nak bagitau pada kamu, Mak Abang tak suka pada kamu”
“Sebab apa Abang”
“Entahlah Tipah, mungkin kamu tak reti masak Tom Yam” sebab itu Mak Abang tak suka pada kamu.. Mak Abang berkeras tak bagi kita kahwin, Abang dah usaha berbagai cara tapi Mak Abang tetap tak bagi kita kahwin..
“Abang takut kalau kita kahwin nanti Tipah kena siksa dengan Mak, Tipah kena pulau dengan Mak, hidup Tipah akan sengsara kalau Abang kahwin dengan Tipah. Oleh sebab Abang CINTA pada Tipah Abang tak mau Tipah hidup susah dan menderita, jadi tak jadilah kita kahwin Tipah.”

Haa.. Itulah dinamakan CINTA..

“Kenapa kamu tak kahwin dengan Tipah Man?”
“Aku tak kahwin dengan dia sebab aku Cintakan dia..
“Hai.. Kalau Cinta kena la kahwin”
“Tak..! aku takut kalau aku kahwin dengan dia Mak aku seterika dia, mak aku belasah dia.. Dia akan menderita jika dia kahwin dengan aku.”

Aku tak mau kahwin sebab itulah..
Adakah kamu nak tengok isteri yang kamu sayang diperlakukan sedemikian? Jadi, kalau kamu cinta kepada dia bukan setakat kamu bagi senang kepada dia, malah mak bapak kamu pun bagi senang kepada dia. Tapi kalau kamu sorang bagi senang kepada dia, mak bapak kamu tak boleh terima dia, dan mereka akan menyiksa jiwa raga dia nanti. Jadi, kalau mcam tu tak payah la kahwin.
Itulah dinamakan CINTA.

Hakikatnya semua orang akan mengatakan bahawa kalau bercinta mestilah berakhir ke jinjang pelamin. Tidak! Cinta tidak semestinya berakhir di jinjang pelamin, Cinta juga tidak semestinya berakhir dengan genggam tangan Tok Kadi.
Oleh itu CINTA sebenarnya ialah nak bagi senang antara pasangan dan hati menjadi tenang. Salah satunya adalah datang keredhaan kepada mak bapak dan mereka akan menerimanya sebagai ahli keluarga.

Oleh itu carilah calon yang ibu bapa kita redha, Insya Allah akan mendapat rahmat Allah.
Jadi kita kena faham apa itu maksud CINTA. Sesiapa yang belu faham makna CINTA kenalah belajar memahaminya dulu sebelum bercinta..

OK lah dah faham apa makna CINTA jadi kita beralih pula kepada maksud CINTA HAKIKI dan CINTA NAFSU.

“Cinta yang HAKIKI ialah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana yang bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri.”

Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak. Tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah juga dengan CINTA, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitulah jua halnya dengan jiwa yang memerlukan CINTA.

Cinta Suci tidak memerlukan semua itu. Ia tumbuh atas dasar tapak yang murni dan selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan keperibadian yang baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan Cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan yang indah. Namun, body language sudah cukup membuktikan betapa dalamnya Cinta ini. Kebiasaannya, Cinta Suci seperti ini pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat.

Jikalau cinta seseorang itu benar² hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyu' dalam solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada Allah. Sebaliknya, jikalau hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkara-perkara yang merugikan dan melelaikan, itu ertinya Cinta NAFSU.

Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Jika demikianlah keadaannya, bagaimana akan khusyu' solatnya? Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku yang Cintanya itu dibina atas dasar Cinta kepada Allah jelaslah yang dia telah menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalam satu masa sebagaimana sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu. Oleh yang demikian, bimbinglah diri kita supaya kita mendapat Cinta HAKIKI. Insya Allah…

P/s : Aku bukanlah insan sempurna... Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...
Diri sendiri pun belum ketemu CINTA HAKIKI…(calon isteri) huhu..

Monday, 19 October 2009

Perempuan Memang Tak Guna Kalau...


Bismi

Asslamualaikum..

Kali ini sekali lagi saya buat Posting tentang Kaum HAWA.. Jangan marah na kalau ada yang tidak suka dengan tajuk posting saya kali ini.. Jadi, sebelum menilai sesuatu itu kenalah baca bagi habis dulu k…
Tajuk dia ja nampak macam menghentam kaum HAWA ni tapi isi dia lain.. Marilah sama² kita lihat sebab apa yang membuatkan PEREMPUAN MEMANG TAK GUNA....

1.Perempuan itu tidak guna kain yang
nipis untuk membuat bajunya, sehingga
terbayang kulitnya serta tubuh badannya..

2. Perempuan memang tidak guna rantai
kaki yang berloceng untuk dililitkan pada
kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun
tersembunyi tetap bergemerincing dan
menarik perhatian orang lain, lebih-lebih
lagi lelaki JAHAT.

3. Perempuan memang tidak guna minyak
wangi yang baunya semerbak. Perempuan
yang tidak memakai wangian yang kuat ini
tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi.
Sabda junjungan bahawa wanita yang
keluar rumah dengan memakai wangian,
adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh
berwangi-wangi tetapi bersederhanalah
dalam pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata
yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang
bercakap perkara yang keji adalah mereka
yang rendah akhlaknya..

5. Perempuan tidak guna masa berborak
untuk mengatakan hal-hal orang yang
disekitarnya atau dengan kata lain
mengumpat, memperkatakan keaiban
saudaranya..

6. Perempuan memang tidak guna tudung
tiga segi, apabila memakainya
diselempangkannya sehingga nyata
bentuk perbukitan pada badannya
(tudung siput babi) . Oleh itu Si suami mesti
memberi peringatan untuk isteri dan anak-
anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok
bahasa yang boleh menggoda seorang
lelaki. Jika bercakap dengan lelaki
yang bukan mahramnya, bercakaplah
dengan tegas!

8. Perempuan memang tidak guna alat
make-up untuk menonjolkan
kejelitaannya melainkan di hadapan
suaminya sahaja kerana Aurat wanita
hanyalah untuk suaminya..

9. Perempuan tidak guna kain tudung
yang jarang-jarang seperti jarangnya
jala yang digunakan untuk memukat
haiwan akuatik kerana dia tahu bahawa
apabila berpakaian begitu adalah berdosa..

10. Perempuan memang tak guna pakaian
yang ketat dan jarang kerana takut akan
azab Allah di Akhirat kelak.

P/s: Dah bacakan… Jadi jika ada yang salah harap dapat memperbetulkan saya ya.. Manusia macam kita tidak terlepas dari melakukan KESILAPAN.. Dan diharap mendapat sedikit manfaat dari posting saya kali ini..

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!


Tuesday, 13 October 2009

Kasih Sayang Antara Pasangan



Bismi

Assalamualaikum....

Bacalah kisah di bawah. Sesungguhnya ada pengajaran yang boleh diambil dan diaplikasi dalam hidup kita. Mungkin bukan setakat pada orang yang disayangi tetapi juga rakan-rakan, teman-teman dan orang di sekeliling kita.
Mungkin ada yang telah membaca dan mengetahui kisah ini, tapi di sini saya lampirkan semula kisah ini supaya ada di antara kita yang masih belum membaca dan mengetahuinya akan mendapat sedikit manfaat daripada kisah ini.

Ceritanya berbunyi begini....
Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada
suaminya:

"Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia
membincangkannya. "Saya akan mulai dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak
sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat ...

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir ... "Maaf, apakah saya harus berhenti?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab suaminya.

Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang
tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan
manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,
"Sekarang giliran abang membacakan senaraimu".
Dengan suara perlahan suaminya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh
pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya...bahawa suaminya menerimanya apa adanya. Ia menunduk dan menangis ...

p/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain,
carilah kekurangan sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?.. Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ade yang perlu diperbaiki... wallahualam

Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita tak kira siapa pun sebenarnya adalah yang mencintai kita kerana kelebihan kita dan menerima kita kerana kelemahan kita. Dan sudah pastilah orang ini ikhlas dalam menyayangi diri kita... INSYA ALLAH.

Monday, 12 October 2009

Ustaz Shamsuri - Matahari Terbit Dari Barat



Bismi

Assalamualaikum…
Kali ini saya ingin berkongsi ceramah yang bertajuk MATAHARI TERBIT DARI BARAT yang disampaikan oleh Ustaz Shamsuri Haji Ahmad. Dalam ceramah ini juga menceritakan Tanda-tanda Akhir Zaman yakni Kiamat semakin hampir..

Ustaz Shamsuri - Matahari Terbit Dari Barat


dowlod


Antara isi-isi yang terdapat di dalam ceramah ini adalah:-

• Bala Allah kalau datang akan mengenai semua manusia tidak mengira orang itu baik atau jahat. Bala tidak hanya mengenai orang yang membuat maksiat sahaja.

• Diriwayatkan oleh Aisyah r.a katanya telah bersabda Rasulullah S.A.W akan jadi pada akhir umat ini:-
1. Manusia pada akhir zaman akan di telan bumi (Dah berlaku pada gempa bumi yang melanda Padang Indonesia-Masya Allah Insaflah kita bahawasanya Kiamat susah dekat). Seperti yang terjadi pada Qarun yang di telan bumi dengan hartanya.

2. Berubah rupa manusia menjadi rupa binatang seperti yang terjadi pada umat bani israil(Allah tukar mereka menjadi kera, beruk dan rupa khinzir).

3. Kena rejam dengan batu api yang turun dari langit.

Sebab Allah turunkan 3 bala ini adalah kerana maksiat telah berlaku secara berleluasa di muka bumi maka Allah akan turunkan bala ini. Puncanya adalah Allah marah di atas maksiat yang telah dilakukan oleh manusia.
Contohnya: Kalau kita ada rumah sewa kemudian ada kawan kita datang dan memberitahu ada orang buat maksiat di dalam rumah kita adakah kita akan marah? Tentulah kita akan marah. Begitulah juga dengan Allah, apabila kita buat maksiat di atas muka bumi Allah tentulah Allah akan marah sebab ini bumi Allah. Dengan sebab itulah Allah menurunkan bala.

Kata Nabi S.A.W bala Allah tidak akan turun kepada semua manusia jika maksiat berlaku secara tersembunyi tetapi bala Allah akan kena kepada semua manusia jika maksiat berlaku secara terang-terangan

Matahari Terbit Dari Barat menandakan kiamat sudah dekat. Kerana apabila sesuatu berlaku luar dari kebiasaan maka kebinasaan akan berlaku.

• Tiap² kali Magrib matahari sujud kepada Allah. (Sedangkan matahari pun sujud mengapa masih ada di antara kita tidak mahu sujud kepada Allah).

• Apabila dekat nak kiamat malam jadi panjang. Matahari tidak keluar selama 3 malam. Malam menjadi 33 jam. Hanya orang yang selalu bangun sembahyang tahajud (Ahli Tahajud) sahaja akan menyedarinya.

• Golongan Ahli Tahajud inilah yang akan memberitahu kepada semua bahawa kiamat sudah dekat.

Demikianlah sedikit isi² yang terdapat di dalam ceramah ini. Jika saudara atau saudari ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi silalah DOWNLOAD untuk mendengar ceramah ini.

P/s: Sama²lah kita menambah ilmu pengetahuan kita dengan mendengar ceramah² agama.. Mungkin ada di antara kita yang tidak sempat untuk menghadiri majlis² agama jadi luangkanlah sedikit masa dengan mendengar ceramah² agama di rumah atau di mana sahaja kita berada..

Wednesday, 7 October 2009

Kata Kata Mak Aku...

Assalamualaikum...

Kali ni kita dengar kata² mak aku...

Mak aku kata,
Jangan hisap dadah kerana ia tak beri faedah,
Seksanya bila dah tertulis,
Bila kau jalan asyik terumbang ambing…

Wanita pula jangan seksi sangat,
Kalau lebih seksi nanti kena sengat,
Oleh buaya, buaya keramat,
Tergedik-gedik macam anak itik,
Pabila diri di suntik…

Kalau kita ini anak melayu,
Tahulah sikit adat-adat yang tak boleh dibuat,
Yang mana halal, yang mana haram,
Semua itu harus di pandang..
Tapi aku heran perangai orang² zaman 90an,
Bangga dia ke depan…
Tapi ada juga orang yang tak bangga,
Asyik terhegeh² di kelab malam..
Banyak simpan member…

Mak aku kata,
Harus kerja kuat,
Senang la sikit bila nak mengorat,
Walau muka hensem kalau tak kerja susah juga,
Zaman sekarang semua itu tak layan…

Ukays - Kata Kata Mak Aku
dowlod



Sama²lah kita layan dan hayati lirik lagu Ukays ni..

Di samping itu, kita sebagai anak harus ingat pesan mak bapak kita sebelum melakukan sesuatu perkara.
Ingatlah titik peluh mereka membesarkan kita dan mendidik kita.. janganlah kita membusukkan nama mereka dengan perkara yang boleh mengaibkan mereka..
Kita kenanglah jasa mereka dengan Kejayaan…

Kalau kita nak lakukan sesuatu perkara tu kita fikirlah dulu mana yang baik, mana yang buruk.. Ingat pesan mak bapak sebelum melakukan sesuatu perkara. Tapi yang paling utama adalah kita harus sentiasa mengingati Allah S.W.T sebelum melakukan sesuatu perkara..
Teringat saya pada berita dalam paper Metro baru² ni iaitu artikal SISWI DUA ALAM.. Apa nak jadi dengan pelajar sekarang??? Mak bapak mengharapkan anak mereka berjaya tapi rupanya lain pula jadinya.. Berjaya juga tu.. tapi berjaya cari duit HARAM, bukannya berjaya cari ILMU.. Sebak hati mak bapak kalau dapat tahu anaknya melakukan perkara sebegitu..
Kasihanilah Ibu Bapa kita…
Nak salahkan siapa tu??? Adakah salah mak bapak? ATAU pengaruh rakan-rakan?



Apa itu SISWI DUA ALAM?
Siswi dua alam ni samalah juga macam binatang dua alam.. hehehe
Siswi dua alam seperti di ceritakan dalam Metro tu ialah..
Siang mereka pergi ke kuliah/kelas berpakaian menutup aurat sepenuhnya (berbaju kurung, bertudung litup) ada yang bertudung labuh lagi..
Tapi bila malam semua tu habis tertanggal dan tinggallah baju ketat dan hanya berskirt sahaja.. (macam ni punya orang pun ada ka). Malah ada yang minum arak, hisap rokok dan melakukan hubungan seks. Inilah dinamakan Alim Kucing..

Tindakan segelintir siswi institusi pengajian tinggi (IPT) yang hanyut dengan corak hidup kota sehingga melanggar batasan agama semata-mata kerana ingin hidup mewah adalah perbuatan yang menghina Islam dan boleh dianggap munafik.
Pendakwah bebas dan perunding motivasi, Datuk Md Daud Che Ngah, berkata adalah berdosa besar apabila seseorang itu hidup mewah dengan cara yang menyalahi agama Islam. Lagi..

Apa² pun yang mana masih mempunyai akal fikiran yang waras tu cuba pandang serius perkara sebegini.. Kita sepatutunya renungkan kejadian bencana yang menimpa Padang untuk kita jadikan pedoman dan pengajaran atas apa yang berlaku.
Mungkin maksiat terlalu banyak yang dilakukan di bumi Padang sehingga menyebabkan Allah menurunkan bala sedemikian.. Dan ini merupakan salah satu tanda akhir zaman iaitu telah berlaku bumi menelan manusia seperti apa yang telah terjadi pada zaman Qarun... Subhanallah, semoga kita mengambil iktibar dari bencana ini.
Kita jangan anggap MALAYSIA selamat.. bila² masa saja Allah boleh turunkan bala di Malaysia jika kita tidak berusaha mengurangkan maksiat yang berlaku..

P/s : Kepada Siswi tu jagalah diri masing² dan jagalah nama baik keluarga. Sentiasalah muhasabah diri dan sentiasalah mengingati Allah.. Siswa pun tak terkecuali..
Bila jadi begini nak bagi adik sambung belajar pun rasa takut... huhu

Sunday, 4 October 2009

Dosa Ini.. | Taubat Seorang Hamba |



Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum Semua...

Dosa..
Apa yg kita tahu tentang dosa..
Cuba kita renung kembali kehidupan kita pada hari², bulan² dan tahun² yg telah berlalu…
Banyak manakah dosa yang telah kita lakukan..
Adakah dosa yang kita lakukan itu terlalu berat???
Adakah dosa kita akan diampunkan oleh ALLAH???

Sebelum kita tidur eloklah sekiranya kita renung kembali ke dalam diri kita..
Berapa banyakkah dosa yang telah kita lakukan dalam hari-hari yang telah berlalu..
Dosa yang macam mana yang telah kita lakukan…
Cuba kita renungkan adakah dosa yang telah kita lakukan itu Allah akan ampunkan kita apabila kita bertaubat… (Insya Allah, Allah akan mengampunkan dosa hamba-hambanya..)

Cuba kita pandang pada cermin..
Tentunya mereka yang masih mengingati akan dosa akan merasa bersalah..
Mereka akan berkata kepada diri mereka sendiri..

“Wajah inilah yang memandang yang haram,
Mata inilah yang melihat kaum bukan sejenisku dengan perasan berbaur..
Mulut inilah yang kadang kala 'gatal' untuk merasa yang haram..
Hidung inilah yang segar ketika menghirup minyak² wangi yang bercampur alkohol..
Tangan inilah yang memegang yang haram…
Kaki inilah yang berjalan ke tempat yang haram…”
“Astaghfirullahalazim… berdosanya aku ini???”

"Ya Allah berdosanya Hambamu ini.. Ampunkanlah dosa Hambamu ini dan terimalah taubat Hambamu ini sesungguhnya kaulah yang Maha Pengampun"

Entah sampai bilalah kita akan terus begini dan bilakah kita akan berubah..???
Hidup kita tak terlepas dari melakukan dosa..
Tambahan pula zaman sekarang maksiat berada di sekeliling kita..
Semoga hidup kita yang masih tidak tahu sampai bila ini akan dijauhkan dari dosa...
Dan kita mengharapkan supaya semakin lama kita hidup, semakin bertambahlah pahala..dan bukannya semakin bertambah dosa…

Manusia memang mudah digoda oleh syaitan..
Hanya orang yang betul² kuat Iman sahaja dapat mengawal nafsu dari godaan syaitan..
Hidup di dunia yang penuh dengan pancaroba ini kalau hati kita tidak di tambah dengan KEIMANAN dan KETAQWAAN kepada-Nya tentu kita akan hanyut dengan keindahan Dunia yang hanya sementara ini..

Ingatlah dunia ini hanya sementara… Akhirat kekal selamanya..
Oleh itu, berusahalah untuk mencari bekalan menuju akhirat dan janganlah kita lalai dengan nikmat dunia yang hanya sementara ini…

Sedang kita berfikir tentang dosa kita, berusahalah untuk mengurangkan dosa…
Perbanyakkanlah bertaubat kepada-Nya..
Semoga taubat kita akan di terima Allah…



Irsyadee - Taubat Seorang Hamba
dowlod

p/s: Sama²lah kita perbaiki kelemahan pada diri kita ini.. Jika nak dihitung dosa ini.. rasanya tak terkira banyaknya.. Semoga Allah dapat mengampunkan kita dan menerima segala taubat kita… Insya ALLAH… Amin……

Aku juga banyak melakukan dosa.. Ya Allah.. Ampunkanlah segala dosa² ku dan terimalah TAUBATKU dan segala amalan² ku…

Selamat Datang Ke:

Photobucket

Komen D'SinarWorld

About Me

My photo
Assalamualaikum...Aku bukanlah insan sempurna.. Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan dan ingin mencari sebuah kehidupan yang sempurna berlandaskan syariat Islam.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...

Pautan D'SinarWorld

PROWIR Masjid Al barakah PEMUDA

  ©Template by Dicas Blogger.