Friday, 28 August 2009

Lahir, Hidup dan Mati

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T. kepada saudara, saudari sekelian dan di doakan semoga di Rahmati Allah S.W.T


Lahir, Hidup dan Mati adalah fitrah semua umat manusia di bumi Allah ini. Lahir, Hidup dan Mati semua umat manusia di dunia adalah sebuah perjalanan dalam menuju kehidupan abadi di akhirat. Lahir, Hidup dan Mati seseorang umat itu di dunia inilah yang menjadi penentu kehidupan di akhirat kelak. Jesteru, pilihlah perjalanan LAHIR, HIDUP dan MATI di dunia ini sebaiknya untuk kehidupan bahagia di Akhirat nanti kerana….


• Ada yang lahirnya BERIMAN,
Hidupnya Beriman, Mati pun Beriman.

• Ada yang lahirnya BERIMAN,
Hidupnya Beriman, Tapi Matinya Kufur.

• Ada yang lahirnya BERIMAN,
Hidupnya Kufur, Tapi Mati Beriman.

• Ada yang lahirnya BERIMAN,
Hidupnya Kufur, Mati pun Kufur.

• Ada yang lahirnya KUFUR,
Hidupnya Kufur, Mati pun Kufur.

• Ada yang lahirnya KUFUR,
Hidupnya Kufur, Tapi Matinya Beriman.

• Ada yang lahirnya KUFUR,
Hidupnya Beriman, Tapi Matinya Kufur.

• Ada yang lahirnya KUFUR,
Hidupnya Beriman, Matipun Beriman.

P/s: Sama-samalah kita Renungkan…
Haraplah kita dapat hidup di dunia ini Dalam Keimanan dan Mati pun dalam keadaan Beriman… Aminn…


Tuesday, 25 August 2009

Himpunan Zikir-Zikir Dan Doa


Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum kepada semua…
Disini saya berkesempatan menghimpunkan sedikit Zikir dan Doa untuk di kongsi bersama..
Untuk DOWNLOAD sila klik pada Tajuk.. (Semoga bermanfaat untuk semua)

Koleksi Zikir Hijjaz

Alunan Zikir
Asmaul Husna
Doa
Doa Murah Rezeki
Doa Pagi
Hasbirabbi
Zikir 1
Zikir 2
Zikir 3
Zikir 4
Zikir 5
Zikir 6
Zikir 7
Zikir 8 & 9
Zikir 10
Zikir Bismi
Zikir Lailahaillah
Zikir Munajat 2
Zikir Munajat 3
Zikir Taubat
Zikir Waktu Pagi Dan Tasbih

Koleksi Zikir Ustaz Asri

Astaghfirullahalazim
Fasubhanamalla
Hasbi Rabbi
Ilaha illallahu Wahdahu
Ilahi-abdukal-asim
Ilahi-lastulil-firdaus
Laisalaha-mindunillahil-kasyifah
Maulana-ya-maulana
Subhanallah-wabihamdihi
Suhanallah-walhamdulillah
Tubna-ya-allah
Ya-allah
Ya-allahu-ya-allah
Ya-fattah
Ya-latif
Ya-zaljalali-wal-ikram

Lain-lain Zikir dan Doa

Al Anwar - Zikir Tasbih
Akhil Hayy - Sentuhan Zikrullah
Akhil Hayy - Terapi 1
Akhil Hayy - Terapi 2
Ustaz Badrul Amin - Al-Mathurat
Zikir - Alarm Me
Zikir - Cahaya Ilahi
Zikir - Saff One
Zikir - Yazaljalaliwalikram

Doa Bangun Tidur
Doa Hendak Tidur
Doa Istikharah
Doa Memakai Pakaian
Doa Naik Kenderaan
Doa Selepas Solat
Doa Tilawah
Doa Untuk Keselamatan Bersama

Klik je pada tajuk untuk Muaturun...

Friday, 21 August 2009

Misteri Untuk Diri Sendiri

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T. kepada saudara, saudari sekelian dan di doakan semoga di Rahmati Allah S.W.T


Kisah misteri dalam kehidupan kita...

Mungkin kita terer dan mempunyai ilmu batin… Bila² masa je boleh menfire musuh.
Dan dalam sekelip mata je musuh terus kalah dan blah.
Atau mungkin kita seorang bos… Bos yang amat power dan digeruni oleh semua pekerja!

“Bedul!!!”
“Ye bos.. dengan automatiknya saya sedia menurut perintah.”
“Takde apa, saja je test power… haa, amacam takut tak? Takut tak?...
dah pergi blah, buat kerja!”

“Ermmmm… tensen betul dapat bos macam ni…”

Ataupun kita seorang ‘pelepak’ profesional …
Dari pagi bawak ke malam kita boleh melepakkan diri tanpa sebarang kompromi,
tanpa rasa takut…

Dah la tak takut… dah tu pulak hantu pulak yang boleh takut kat kita… begitulah komitmen yang kita berikan kepada kerier ‘pelepakkan’ profesional ini.

Begitulah kelebihan yang ada kepada kita dan sesiapa juga. Setiap manusia pasti ada kelebihan, keberanian, kekuasaan, ketereran…

Tapi....

Walaupun kita terer ke, berkuasa ke, berani ke, tapi ada sesuatu misteri kat diri kita sendiri yang kita tak tau…

Kita tanya dulu orang yang ada ilmu batin ni…
Terer ke tak dia menjawab soalan ni…

“Terer sangat tu takde la.. tapi kira terer la jugak… haa… apa soalannya?”

Haa… Ni soalannya, berapa helaikah bulu hidung yang terdapat dalam lubang hidung pakcik?

“Eh? Mana aku tau… aku mana pernah kira…”

O.k kita tanya pula encik yang terer pasai bisnes…

“Saya boleh je… tanya je la apa nak tanya…”

Tentu encik berasa bangga kerana berjaya menjadi businessman yang mempunyai banyak syarikat… dan sudah tentu encik terer dalam mengira untung rugi.

“Hoh, saya amat bangga!”

O.k soalannya… berapa helaikah bulu roma yang terdapat di lengan kiri encik?

“Eh? Pulak dah… soalan akaun ke apa ni? Kira bulu roma ni takde dalam bisnes saya…
manalah saya tau berapa helainya pulak…”

O.k sekarang kita tanya pulak brader yang suka lepak ni…

“O.k, buleh…
Walaupun gua melepak kat kampong je, tapi gua tau perkembangan dunia. Gua boleh tau perkembangan artis² top Holywood-Bolywood.”

O.k… soalannya, berapa panjangkah bulu kaki lu?

“Oii, mana gua tau… gua bukannya arkitek…”

Jadi, kesimpulannya kita semua ni mempunyai misteri yang kita sendiri pun tak tau walaupun benda tu semua berada kat badan kita. Tu baru tanya pasal bulu je tu, belum lagi tanya pasal organ² dan juga abdomen yang terdapat di badan kita.

Dari situ kita mula mengetahui berapa lemahnya kita... dan ada lagi
MISTERI yang ramai orang tak tau…

A: “Err.. apa pulak laginya ni?”
B: “Misteri apanya?”
C: “Cuba bagi tau…”

Berapa banyakkah kita mengumpat orang…
Berapa banyakkah kita meninggalkan sembahyang, puasa, zakat dan lain-lain lagi…?

A,B,C: “ Errr.. errr… aaa… aa…

p/s: Begitulah kesudahan kisah misteri yang kita sendiri tak tau…
Mungkin sampai mati kita tak tau misteri pada diri kita…
Kurangkanlah sikap kita yang suka mengumpat orang dan perbetul lah segala amalan kita yang mana yang masih kurang sempurna seperti sembahyang, puasa, zakat dan lain-lain.

Wallahualam…


Wednesday, 19 August 2009

Fadilat Ramadhan Al - Mubarak


Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T. kepada saudara, saudari sekelian dan di doakan semoga di Rahmati Allah S.W.T

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah kerana memanjangkan usia kita untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun ini.
Di harap Ramadhan pada tahun ini akan menjadi Ramadhan yang lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya. InsyaAllah......
Di sini saya ingin berkongsi Fadilat² pada bulan Ramadhan.

FADILAT RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan. "Sabda baginda dalam hadis yang lain, "Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan."

1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.

2. Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.

3. Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebaan dari siksa api neraka.

4. Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.

5. Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.

6. Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.

7. Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.

8. Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.

p/s: Di harap Ramadhan pada tahun ini kita akan mendapat malam Lailatul Qadar, Berusahalah untuk memperbanyakkan amalan di bulan Ramadhan ini dengan bersedekah, memperbanyakkan amalan sunat dan lain² lagi.

Monday, 17 August 2009

Brothers - Pohon Hijau

Brothers - Pohon Hijau
dowlod



Lirik


Pohon hijau itu berdiri kaku
Pohon hijau itu berdiri kaku
Megahnya di celah pohonan
Ibarat lukisan hidup
Tetap tegak dan kaku

Pohon hijau itu tetap kaku
Lantas desiran kedengaran
Amat sayup dan sayu
Ia mula bergerak

Pohon hijau itu tidak kan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Begitulah diibaratkan
Dunia dengan kehidupan
Bermulanya di daratan
Kini menuju ke tengah lautan

Angin yang menderu
Datang tak menentu
Ombak memukul pelayaran
Apakan tergoyang keimanan

Untukmu teman bajailah hidupmu
Sirami hatimu dengan ketaqwaan
Dalam mencari keredhaan Tuhan

Hati-hati teman
Meniti salju kehidupan
Nan rapuh bisa cair dan runtuh

Bersama angin lalu kutitipkan harapan
Agar terus tabah hadapi cabaran

Pohon hijau itu yang dulu kaku
Kini mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Pohon hijau itu tidakkan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Bila kejayaan sudah digenggaman
Ingat-ingat teman kita kan pulang

Pohon hijau itu kini kaku
Ia tak bergerak lagi
Ia pastikan layu
Gugur di taman ini

Thursday, 13 August 2009

Kesedaran | Celik Mata Hati |

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum! Semua..

Jika ditanyakan siapa kita, ramai yang tahu bahawa kita adalah hamba Allah. Namun, berapa ramai antara kita yang sedar bahawa kita hamba Allah?

Ya, ramai manusia hanya tahu, tetapi tidak sedar bahawa dirinya hamba Allah. Jesteru, ramai yang berlagak seolah=olah ‘tuan’ (malah Tuhan) dalam kehidupan sehari-hari. Sikap angkuh, tamak, pemarah dan bangga diri yang sepatutnya tidak ada pada diri seorang hamba, menjadi tabiat dan budaya dalam kehidupan.

Ya, tahu dan sedar adalah dua perkara yang sangat berbeza. Tahu letaknya di akal – dengan memiliki ilmu dan maklumat. Manakala kesedaran letaknya di hati – dengan memiliki penghayatan dan hikmah.

Ini menjelaskan mengapa ada pelajar yang lulus A1 dalam matapelajaran agama Islam tetapi tidak solat. Dia mungkin tahu tentang kebaikan solat tetapi tidak sedar akan kebaikan itu. Tahu, hanua ‘di permukaan’, yakni baru bersifat pengetahuan dan teori. Manakala sedar adalah mendalam, melibatkan kemahuan dan amali.


EMPAT PANDANGAN MANUSIA

Sebenarnya, manusia memandang apa sahaja di dunia dengan 4 jenis pandangan:

  • Pandangan Mata.
  • Pandangan Akal.
  • Pandangan Nafsu.
  • Pandangan Mata Hati


Pandangan Mata

Pandangan mata, sifatnya selalu menipu. Contohnya, menerusi pandangan mata, kita melihat rel kereta api semakin jauh semakin menirus. Tetapi itu sebenarnya salah. Realitinya, rel itu tetap sama. Mata kita yang tertipu. Begitu juga kayu lurus yang dimasukkan separuh ke dalam air – kelihatan bengkok (sebenarnya ia tetap lurus).

Bulan di lihat indah dari jauh tetapi kita tahu sebenarnya permukaan bulan penuh dengan lopak-lopak, lubang-lubang dan benjolan-benjolan yang tidak rata seolah-olah muka seorang yang berjerawat. Ya, begitulah, ramai manusia yang tertipu dengan pandangan mata.


Pandangan Akal

Pandangan akal (fikiran) pula sifatnya boleh tersalah. Berdasarkan kajian Ciaudius Ptolemi (saintis terkemuka pada zamannya), bentuk bumi adalah mendatar. Dunia ini ada hujungnya, yang mana jika sesiapa belayar sampai ke hujung dunia, dia akan terjatuh di penjuru itu. Manusia zaman itu sangat percaya kepada “Pandangan Akal” Ptolemi hinggakan tidak ada siapa yang berani belayar jauh, takut-takut terjerlus ke hujung dunia.

Manusia pada zaman pertengahan pula percaya bahawa bumi adalah pusat edaran cakrawala (centre or universe). Tetapi kepercayaan merekadisalahkan kemudianya oleh Galileo Galilei dan Nicholas Coperncus yang menjelaskan bumu bukanlah pusat edaran bagi cakrawala tetapi matahari.

Begitulah pandangan akal manusia yang saling salah menyalah antara satu sama lain. Pernemuan yang terdahulu dibatalkan oleh kajian orang sekarang. Kajian orang sekarang dibatalkan pula oleh kajian orang akan datang.

Akal bersifat terbatas, maka begitulah pandangannya, juga terbatas. Jesteru, pandangan akal boleh tersalah.


Pandangan Nafsu

Pandangan ketiga ialah pandangan nafsu. Pandangan ini sifatnya melulu. Jika pandangan akal terbatas, nafsu pula selalu terbabas. Tidak ada yang dilihat oleh nafsu melainkan peluang dan ruang untuk melampiaskan kejahatannya. Sesuatu yang sudah cantik pada pandangan orang lain dipandang sebagai buruk dan keji kerana tidak mengikut selera nafsunya.


Pandangan Mata Hati

Pandangan yang keempat ialah pandangan mata hati. Ini adalah pandangan yang paling tepat dan hakiki. Hati pada asalnya adalah bersih dan baik. Apa sahaja yang dilihatnya akan sentiasa memberi kebaikan denagn syarat kebersihan dan kesucian hati itu terjaga.



Antara Dua Bisikan....!!!


SYAITAN @ MALAIKAT???

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum! Semua..

Rasulullah bersabda: “Terdapat dalam hati seseorang dua bisikan. Pertama bisikan malaikat yang menjanjikan kebajikan, membenarkan yang hak; maka barangsiapa merasakan bisikan ini, hendaklah ia mengetahui bahawa itu adalah dari Allah dan mensyukurinya. Kedua adalah bisikan musuh yang mengajak melakukan kejahatan, mendustakan kebenaran, malarang perbuatan kebajikan; maka barangsiapa merasakan itu hendaklah berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk."

Kamudian Rasulullah membacakan maksud ayat surah Al Baqarah: 268; ‘Syaitan menjanjikan (menakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil), sedangkan Allah menjanjikan ampunan dan kurnia daripadaNya. Allah maha luas kurniaNya lagi maha mengetahui.’

Jelas pada hadis ini ialah dalam hidup kita, kita selalu kena membuat berbagai keputusan. Dalam satu hari mungkin beratus-ratus keputusan perlu kita buat. Contohnya: ketika azan Subuh dari menara masjid yang mengejutkan kita dari tidur menyebabkan kita perlu membuat keputusan samada hendak bangun dan pergi solat Subuh di masjid atau terus sahaja tidur. Bisikan atau rasa hati supaya kita bangun untuk solat Subuh itu adalah bisikan malaikat manakala yang berbisik untuk terus tidur sebentar lagi adalah bisikan syaitan. Ia membuai kita dengan rasa sejuk, menghiburkan kita supaya terus tidur, berhujah dengan kita bahawa waktu Subuh masih panjang, boleh solat Subuh di rumah dan akhirnya kita terlelap hinggalah terlepas waktu Subuh.

Demikianlah juga dalam berbagai contoh keputusan lain yang boleh kita ambil. Antara ke masjid di waktu malam atau duduk di rumah tengok TV bersama anak-anak. Malaikat mengajak kita sekali tetapi syaitan mengajak dan memberikan alasan pada kita bertubi-tubi. Kalau pergi ke masjid susah kerana malam yang gelap, hujan hendak turun, hendak balik nanti takut, basikal tak ada lampu, kesian tinggal anak dan isteri di rumah sendirian, kalau pergi ke masjid nanti orang perli kerana jarang pergi, dan 1001 macam alasan yang akan dibisikan oleh syaitan dalam hati kita.

Nota: Adakah kita akan tewas kepada bisikan SYAITAN?
Sama²lah kita berusaha untuk melawan bisikan SYAITAN..

Friday, 7 August 2009

10 Macam | KEKEJAMAN |


Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum! Semua..

Sufyan Atsauri berkata:"Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1.Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri,dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2.Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3.Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4.Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5.Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6.Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7.Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8.Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9.Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10.Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

P/s: Sama²lah kita merenung adakah kita tergolong dalam salah satu KEKEJAMAN Di Atas.. Jika ada sama²lah kita berusaha untuk memperbaiki tingkah laku dan cara hidup kita..


Wednesday, 5 August 2009

Epilog Seorang Hamba



Bila mentari bersinar terang
Terpancar cahaya suria
Memuji keagungan Tuhan pencipta
Menginsafi kedhaifan

Bila mentari menghilang diri
Terbit pula kenangan lalu
Tertunduk ku pasrah sedih ku
Menyepi
Hanyut dalam arus berliku

Oh Tuhanku Yang Esa
Ampunilah hambaMu
Berikanlah ku kekuatan
Mengharungi mehnah Mu

Ku pohon restu hidayah dariMu
Rahmatilah hidup ku
Terimalah oh taubat ku
Penghapus segala dosa ku

Deruan ombak
Menghempas pantai
Bergelora dipukul badai
Himpunan buih di tepian
Ia tidak berkekalan
Begitulah hidup manusia


Brothers - Epilog Seorang Hamba




Saturday, 1 August 2009

15 Fakta Menarik | Rahsia Alam |



Bismi

Assalamualaikum! Semua..

Kali ini saya nak kongsi fakta menarik tentang rahsia alam pula...


1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.

2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).

3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.

4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.

5. Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tidak boleh melompat.

6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.

7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.

8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.

9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.

10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.

11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.

12. Semua beruang kutub adalah kidal.

13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.

14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.

15. Hampir semua pembaca email ini akan cuba untuk menjilat sikunya.
Anda bagaimana? Hehehehe...

P/s: Sekadar Untuk di kongsi bersama tentang RAHSIA ALAM.


Selamat Datang Ke:

Photobucket

Komen D'SinarWorld

About Me

My photo
Assalamualaikum...Aku bukanlah insan sempurna.. Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan dan ingin mencari sebuah kehidupan yang sempurna berlandaskan syariat Islam.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...

Pautan D'SinarWorld

PROWIR Masjid Al barakah PEMUDA

  ©Template by Dicas Blogger.