Thursday, 13 August 2009

Kesedaran | Celik Mata Hati |

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum! Semua..

Jika ditanyakan siapa kita, ramai yang tahu bahawa kita adalah hamba Allah. Namun, berapa ramai antara kita yang sedar bahawa kita hamba Allah?

Ya, ramai manusia hanya tahu, tetapi tidak sedar bahawa dirinya hamba Allah. Jesteru, ramai yang berlagak seolah=olah ‘tuan’ (malah Tuhan) dalam kehidupan sehari-hari. Sikap angkuh, tamak, pemarah dan bangga diri yang sepatutnya tidak ada pada diri seorang hamba, menjadi tabiat dan budaya dalam kehidupan.

Ya, tahu dan sedar adalah dua perkara yang sangat berbeza. Tahu letaknya di akal – dengan memiliki ilmu dan maklumat. Manakala kesedaran letaknya di hati – dengan memiliki penghayatan dan hikmah.

Ini menjelaskan mengapa ada pelajar yang lulus A1 dalam matapelajaran agama Islam tetapi tidak solat. Dia mungkin tahu tentang kebaikan solat tetapi tidak sedar akan kebaikan itu. Tahu, hanua ‘di permukaan’, yakni baru bersifat pengetahuan dan teori. Manakala sedar adalah mendalam, melibatkan kemahuan dan amali.


EMPAT PANDANGAN MANUSIA

Sebenarnya, manusia memandang apa sahaja di dunia dengan 4 jenis pandangan:

  • Pandangan Mata.
  • Pandangan Akal.
  • Pandangan Nafsu.
  • Pandangan Mata Hati


Pandangan Mata

Pandangan mata, sifatnya selalu menipu. Contohnya, menerusi pandangan mata, kita melihat rel kereta api semakin jauh semakin menirus. Tetapi itu sebenarnya salah. Realitinya, rel itu tetap sama. Mata kita yang tertipu. Begitu juga kayu lurus yang dimasukkan separuh ke dalam air – kelihatan bengkok (sebenarnya ia tetap lurus).

Bulan di lihat indah dari jauh tetapi kita tahu sebenarnya permukaan bulan penuh dengan lopak-lopak, lubang-lubang dan benjolan-benjolan yang tidak rata seolah-olah muka seorang yang berjerawat. Ya, begitulah, ramai manusia yang tertipu dengan pandangan mata.


Pandangan Akal

Pandangan akal (fikiran) pula sifatnya boleh tersalah. Berdasarkan kajian Ciaudius Ptolemi (saintis terkemuka pada zamannya), bentuk bumi adalah mendatar. Dunia ini ada hujungnya, yang mana jika sesiapa belayar sampai ke hujung dunia, dia akan terjatuh di penjuru itu. Manusia zaman itu sangat percaya kepada “Pandangan Akal” Ptolemi hinggakan tidak ada siapa yang berani belayar jauh, takut-takut terjerlus ke hujung dunia.

Manusia pada zaman pertengahan pula percaya bahawa bumi adalah pusat edaran cakrawala (centre or universe). Tetapi kepercayaan merekadisalahkan kemudianya oleh Galileo Galilei dan Nicholas Coperncus yang menjelaskan bumu bukanlah pusat edaran bagi cakrawala tetapi matahari.

Begitulah pandangan akal manusia yang saling salah menyalah antara satu sama lain. Pernemuan yang terdahulu dibatalkan oleh kajian orang sekarang. Kajian orang sekarang dibatalkan pula oleh kajian orang akan datang.

Akal bersifat terbatas, maka begitulah pandangannya, juga terbatas. Jesteru, pandangan akal boleh tersalah.


Pandangan Nafsu

Pandangan ketiga ialah pandangan nafsu. Pandangan ini sifatnya melulu. Jika pandangan akal terbatas, nafsu pula selalu terbabas. Tidak ada yang dilihat oleh nafsu melainkan peluang dan ruang untuk melampiaskan kejahatannya. Sesuatu yang sudah cantik pada pandangan orang lain dipandang sebagai buruk dan keji kerana tidak mengikut selera nafsunya.


Pandangan Mata Hati

Pandangan yang keempat ialah pandangan mata hati. Ini adalah pandangan yang paling tepat dan hakiki. Hati pada asalnya adalah bersih dan baik. Apa sahaja yang dilihatnya akan sentiasa memberi kebaikan denagn syarat kebersihan dan kesucian hati itu terjaga.



0 Nasihat Sahabat:

Selamat Datang Ke:

Photobucket

Komen D'SinarWorld

About Me

My photo
Assalamualaikum...Aku bukanlah insan sempurna.. Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan dan ingin mencari sebuah kehidupan yang sempurna berlandaskan syariat Islam.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...

Pautan D'SinarWorld

PROWIR Masjid Al barakah PEMUDA

  ©Template by Dicas Blogger.