Tuesday, 28 July 2009

Apabila Bertembung Dua Kehendak



Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum.

Memang sakit dan sedih bila apa yang kita inginkan tidak dapat. apatah lagi jika ia sesuatu yang kita amat perlukan. Hingga ada ketikanya kita termenung sendiri lalu terfikir.......'MENGAPA ALLAH TIDAK MAHU MEMAKBULKAN PERMINTAAN KITA INI?'

Kita mempunyai harapan dan kehendak sendiri. Harapan dan kehendak kita pastinya sesuatu yang kita rasakan perlu dan terbaik untuk diri kita. Tetapi apabila tidak berlaku seperti yang kita mahukan bukan mudah untuk kita menerima kenyataan.Itu bermakna kehendak kita tidak selari dengan kehendak ALLAH. Apabila bertembung dua kehendak ini kehendak siapakah yang paling layak terjadi?
Ya!! tentulah kehendak Allah.Kerana kehendak Allah itu adalah kehendak Tuhan Yang Maha Adil, Maha Pengasih Lagi Maha Mengetahui.Dia tahu yang mana terbaik untuk kita. Kerana itu kita perlu bisikkan kepada diri kita sendiri bahawa bukan semua yang kita inginkan akan terlaksana.Dan bukan semua yang kita angan-angankan itu jika terlaksana akan membawa bahagia.Kita merancang sesuatu yang terbaik. Tetapi yang terbaik itu mungkin bukan seperti yang kita fikirkan. Bukankan ALLAH itu Maha Mengetahui??

Rasa yakin pada kasih sayang dan pembelaan ALLAH S.W.T itu wajib ada. Rasa takut dan harap perlu menjunam terus kedalam hati. Kita tahu yang Allah itu Maha Tahu. Kita yakin bahawa Allah itu tidak bersifat zalim. Kita tahu bahawa Allah itu Pengabul Doa dan kita juga perlu yakin yang Allah tidak akan menganiayai hamba-hamba-Nya. Apa yang ditakdirkan-Nya itulah yang terbaik untuk kita.

Cuma bagaimana mahu menerima 'baik' takdirnya itu perlu ada penghalusan dan persediaan. Akal kita terlalu cetek dan pendek. Tambahan pula apabila perasaan menguasai fikiran. Banyak perkara yang kita tidak dapat timbang dengan adil. Kita perlu kenal diri kita siapa. Lemahnya kita, jahatnya kita, berkepentingannya kita dan bermacam lagi sifat seorang hamba yang dhaif lagi hina.

Kita perlu kenal Allah sekenal-kenalnya. Kenal yang membawa yakin hingga membentuk keimanan di hati. Maha Hebat Dia, Maha Kaya Dia. Dari situ membawa pula kita kenal kerja-kerja-NYa . Mengapa Allah takdirkan begini, begitu?? Pasti ada sebab dan hikmahnya. Ini perlu di cungkil dan di teliti. Hati yang bersih adalah hati yang nampak segala perancangan baik Allah itu untuk hamba-hamba-Nya. Kerana itu tiada apa yang berlaku, kita dapat mengesan sebabnya yang tersirat. Walau hakikatnya ia kelihatan berpunca dari kelemahan kita manusia tetapi Allah juga mengizinkan dan tetap jugalah segalanya untuk kebaikan manusia itu sendiri di dunia malah lebih-lebih lagi di akhirat yang kekal abadi.....

Semoga dengan membaca nota ini kita dapat menambah sedikit Ilmu…

1 Nasihat Sahabat:

Faarihin 30 July 2009 at 11:40 pm  

ilmu yang bermanfaat.. Bertambah lagi ilmu saya dari blog ni...

Selamat Datang Ke:

Photobucket

Komen D'SinarWorld

About Me

My photo
Assalamualaikum...Aku bukanlah insan sempurna.. Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan dan ingin mencari sebuah kehidupan yang sempurna berlandaskan syariat Islam.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...

Pautan D'SinarWorld

PROWIR Masjid Al barakah PEMUDA

  ©Template by Dicas Blogger.