Wednesday, 15 July 2009

Kita Dan Aurat…




Bismi

Assalamualaikum! Semua..

Kali ini saya nak kongsi seloka tentang KITA & AURAT…

Marilah sama² kita membaca sambil menghayatinya…
Dan lebih baik kalau kita sama² dapat mengamalkannya…

Kita Dan Aurat…

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun “Make Up”.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan..

P/s: Sama²lah kita berusaha melakukan SuruhanNya dan meninggalkan segala LaranganNya… Moga² pembaca yang sebelum ini mengabaikan bab menutup AURAT ini mendapat sedikit ilmu dari coretan ini.. Dan berusahalah untuk berubah sebelum terlambat…
Ingatlah bahawa hidup kita di dunia ini hanya sementara dan segala Kecantikan & Kesenangan yang di kurniakan Allah kepada kita hanyalah PINJAMAN.. Jadi gunakanlah segala yang di pinjamkan kepada kita sebaik mungkin ke arak kebaikan..
Janganlah merasa bangga dengan kecantikan & kekayaan yang dikurniakan kepada kita kerana bila² masa sahaja Allah S.W.T boleh mengambil semula segala kurniaan yang di berikan kepada kita…
Tiada guna kita Cantik & Kaya di dunia tapi kita Hodoh & Miskin di sisi Allah S.W.T…Jadi, bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan kepada kita..

Renung²kan dan selamat beramal….

1 Nasihat Sahabat:

meo188 18 July 2009 at 11:43 PM  

salam ziarah..

taniah...

moga ikhlas dlm perjuangan

Selamat Datang Ke:

Photobucket

Komen D'SinarWorld

About Me

My photo
Assalamualaikum...Aku bukanlah insan sempurna.. Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan dan ingin mencari sebuah kehidupan yang sempurna berlandaskan syariat Islam.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...

Pautan D'SinarWorld

PROWIR Masjid Al barakah PEMUDA

  ©Template by Dicas Blogger.