Wednesday, 20 May 2009

Pesanan Untuk Orang Cantik




Bismi

Assalamualaikum..

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w. kerana Baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam lagi perkara.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-NYA. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini.

Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, itu satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasaan si cantik menghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Jika anda merasakan diri anda buruk, itu lebih baik daripada cantik tapi kecantikan itu akan boleh membinasakan anda sendiri. Orang cantik selalunya lebih digilai. Cabaran untuknya melalui hidup dengan lebih tenang agak sukar. Kemana saja dia pergi dia akan diburu. Dia mungkin kuat untuk bertahan tapi ramai orang cantik akhirnya kecundang.

Sedari anak dara orang cantik menjadi hambatan orang. Kadang-kadang dia menjadi mangsa perebutan yang menumpahkan darah. Setelah dia dimiliki dia tidak bebas daripada hambatan mereka yang pernah jatuh cinta terhadapnya, tidak kira samaada dia mengetahui mahupun tidak. Tatkala dia bergelar janda cabarannya lebih hebat. Terus menjanda akan digelar janda berhias, menamatkan kejandaan dituduh tidak setia.

Ibarat rama-rama yang diberikan sayap indah. Ia melirikkan mata setiap orang yang melihat. Kadang-kadang orang tidak sekadar melihat tapi mahu memiliki. Kadang-kadang orang tidak peduli bagaimana caranya untuk dia memiliki. Yang penting dia dapat.

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan yang setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas daripada rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia terus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan ALLAH!

Oleh itu Bersyukurlah dengan apa yang ada..
Ingatlah setiap apa yang ALLAH jadikan Tentu ada HIKMAHNYA..

1 Nasihat Sahabat:

Selamat Datang Ke:

Photobucket

Komen D'SinarWorld

About Me

My photo
Assalamualaikum...Aku bukanlah insan sempurna.. Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan dan ingin mencari sebuah kehidupan yang sempurna berlandaskan syariat Islam.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...

Pautan D'SinarWorld

PROWIR Masjid Al barakah PEMUDA

  ©Template by Dicas Blogger.