Thursday, 22 October 2009

Cinta Hakiki & Cinta Nafsu. Di mana kedudukan Kita?



Bismi

Assalamualaikum…

Apa yang kita faham tentang cinta?
Cinta itu memang indah dan Cinta memang ada pada setiap manusia, tapi kita perlulah berhati² dengan Cinta. Berbagai² kemungkinan boleh berlaku kerana Cinta, malah ada yang sanggup bunuh diri kerana CINTA. Ada juga yang kurang siuman dan hidupnya tidak terurus disebabkan oleh CINTA.
Cinta terbahagi kepada dua iaitu Cinta Hakiki dan Cinta Nafsu. Oleh itu, kitalah yang akan menentukan samada cinta yang lahir dalam diri kita itu adalah cinta yang berlandaskan syariat ALLAH atau cinta mengikut NAFSU semata².

Sebelum kita mengetahui apa itu Cinta Hakiki dan Cinta Nafsu di sini saya terangkan sedikit makna cinta. "Makna Cinta yang saya post di sini bukanlah ciptaan atau definisi saya sendiri tetapi saya ambil dari kata² ‘Ustaz Kazim Elias’ dalam ceramah beliau yang bertajuk ‘Ibu Mertuaku’."
Jadi moga² kita sama² beroleh sedikit manfaat…

Apa itu Cinta…???
"Cinta adalah 2 Hati menjadi 1. Dua orang Hati Satu"
Itulah dinamakan
CINTA..
Setiap manusia ada perasaan Cinta. Jadi Cinta adalah perasaan yang telah Allah kurniakan kepada setiap manusia.
Kita tidak boleh halang seseorang jatuh Cinta, tapi kita cuma boleh bimbing Cinta itu ke arah kebaikan. Cinta itu mestilah bersih dan murni. Jangan cemari Cinta dengan perkara yang cemar dan dosa. Selalunya Cinta itu akan berakhir dengan perkahwinan.
Tetapi cinta itu juga sebenarnya ialah tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan.

Contohnya:
“Tipah Abang sayang kamu, Abang cinta pada kamu, tapi Tipah Abang nak bagitau pada kamu, Mak Abang tak suka pada kamu”
“Sebab apa Abang”
“Entahlah Tipah, mungkin kamu tak reti masak Tom Yam” sebab itu Mak Abang tak suka pada kamu.. Mak Abang berkeras tak bagi kita kahwin, Abang dah usaha berbagai cara tapi Mak Abang tetap tak bagi kita kahwin..
“Abang takut kalau kita kahwin nanti Tipah kena siksa dengan Mak, Tipah kena pulau dengan Mak, hidup Tipah akan sengsara kalau Abang kahwin dengan Tipah. Oleh sebab Abang CINTA pada Tipah Abang tak mau Tipah hidup susah dan menderita, jadi tak jadilah kita kahwin Tipah.”

Haa.. Itulah dinamakan CINTA..

“Kenapa kamu tak kahwin dengan Tipah Man?”
“Aku tak kahwin dengan dia sebab aku Cintakan dia..
“Hai.. Kalau Cinta kena la kahwin”
“Tak..! aku takut kalau aku kahwin dengan dia Mak aku seterika dia, mak aku belasah dia.. Dia akan menderita jika dia kahwin dengan aku.”

Aku tak mau kahwin sebab itulah..
Adakah kamu nak tengok isteri yang kamu sayang diperlakukan sedemikian? Jadi, kalau kamu cinta kepada dia bukan setakat kamu bagi senang kepada dia, malah mak bapak kamu pun bagi senang kepada dia. Tapi kalau kamu sorang bagi senang kepada dia, mak bapak kamu tak boleh terima dia, dan mereka akan menyiksa jiwa raga dia nanti. Jadi, kalau mcam tu tak payah la kahwin.
Itulah dinamakan CINTA.

Hakikatnya semua orang akan mengatakan bahawa kalau bercinta mestilah berakhir ke jinjang pelamin. Tidak! Cinta tidak semestinya berakhir di jinjang pelamin, Cinta juga tidak semestinya berakhir dengan genggam tangan Tok Kadi.
Oleh itu CINTA sebenarnya ialah nak bagi senang antara pasangan dan hati menjadi tenang. Salah satunya adalah datang keredhaan kepada mak bapak dan mereka akan menerimanya sebagai ahli keluarga.

Oleh itu carilah calon yang ibu bapa kita redha, Insya Allah akan mendapat rahmat Allah.
Jadi kita kena faham apa itu maksud CINTA. Sesiapa yang belu faham makna CINTA kenalah belajar memahaminya dulu sebelum bercinta..

OK lah dah faham apa makna CINTA jadi kita beralih pula kepada maksud CINTA HAKIKI dan CINTA NAFSU.

“Cinta yang HAKIKI ialah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana yang bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri.”

Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak. Tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah juga dengan CINTA, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitulah jua halnya dengan jiwa yang memerlukan CINTA.

Cinta Suci tidak memerlukan semua itu. Ia tumbuh atas dasar tapak yang murni dan selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan keperibadian yang baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan Cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan yang indah. Namun, body language sudah cukup membuktikan betapa dalamnya Cinta ini. Kebiasaannya, Cinta Suci seperti ini pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat.

Jikalau cinta seseorang itu benar² hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyu' dalam solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada Allah. Sebaliknya, jikalau hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkara-perkara yang merugikan dan melelaikan, itu ertinya Cinta NAFSU.

Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Jika demikianlah keadaannya, bagaimana akan khusyu' solatnya? Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku yang Cintanya itu dibina atas dasar Cinta kepada Allah jelaslah yang dia telah menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalam satu masa sebagaimana sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu. Oleh yang demikian, bimbinglah diri kita supaya kita mendapat Cinta HAKIKI. Insya Allah…

P/s : Aku bukanlah insan sempurna... Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...
Diri sendiri pun belum ketemu CINTA HAKIKI…(calon isteri) huhu..

8 Nasihat Sahabat:

~ana SoLehah~ 22 October 2009 at 3:39 PM  

salam ^_^

“Cinta yang HAKIKI ialah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana yang bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri."

menarik..

...cinta oleh akal yg sihat dan terpandu oleh iman, akal yg sentiasa teringat, dan terfikir tentang Ilahi..

....cinta oleh hati yg bersih, hati yg slalu tawadhu', hati yg sentiasa merindui Ilahi..hati yg diserahkan pada-Nya.. hati yg mengharap pada-Nya..

....hati bertaut dgn tali Ilahi..

di mana kah belahan hati kita???

smoga tali Allah menautkan dua hati.. dan menyatukan dua hati dengan Rahmat-Nya.. Jangan putuskan tali itu, andai putus..putus jugalah ikatan dua hati..

** Kamu jgn bersedih jika belom btemu cinta hakiki.. berdoalah, kerana Si Cinta Hakikimu jua sedang mencari-cari Kamu .. mintak Allah percepatkan pertemuan ya! ^_^

A.S.H Sinar 23 October 2009 at 12:06 AM  

Salam... thankz yer ustazah..
Insya Allah saya sentiasa berdoa supaya di ketemukan cinta hakiki...

Faarihin 23 October 2009 at 1:12 PM  

salam..

cinta itu tak kan sempurna tanpa cinta dariNYA..

wah.. dah leh jadi pakar cinta dah ni.. (^__^)

A.S.H Sinar 23 October 2009 at 11:23 PM  

Salam..

Yup betul tu cik faarihin..
Xdalah... sikit² jer... tu pun dgr ceramah..

Sekadar untuk di kongsi. moga² bermanfaat untuk semua..
terutama yang membaca ler... =)

lesya 26 October 2009 at 9:00 AM  

single is freedom, dah kahwin baru bercinta ag bagus...

Anonymous,  28 October 2009 at 6:52 AM  

Lelaki yang suci itu adalah lelaki yang dijaga oleh Allah,
Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana wanita menyentuh dirinya walaupun hatinya,
Kerana Allah amat menyintainya....

Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta wanita,
Dimana Allah untuk menjaga kita?
Seolah-olah telah dilepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita,

Jika Allah datangkan kesedaran kepada kita supaya kita meninggalkan cinta wanita,
maknanya Allah hendak mengambil kita kembali untuk dijaga-Nya,
mengapa masih ragu?
kekuatan usah ditunggu, tapi harus dicari,

Hargailah atas kesempatan yang Allah berikan...

Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita berasa berdosa melakukannya..

Anonymous,  19 July 2010 at 3:49 PM  

cintakan tuhan sunggu agung
cintakn yg maha pcipta
sungguh suci kudus dan sejati...

cintk selain allah
ia adlh cinta nafsu
yg ada ksudahan ,ada tepinya,ada pghujungnya...

kerna ia bkn cinta sejati
cintkn makhluk wujudnya kecewa
cintkn khalid mbawa bahagia.....

Selamat Datang Ke:

Photobucket

Komen D'SinarWorld

About Me

My photo
Assalamualaikum...Aku bukanlah insan sempurna.. Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan dan ingin mencari sebuah kehidupan yang sempurna berlandaskan syariat Islam.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...

Pautan D'SinarWorld

PROWIR Masjid Al barakah PEMUDA

  ©Template by Dicas Blogger.