Saturday, 19 September 2009

Aidilfitri | Rayakan Kemenangan Diri |



Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T. kepada saudara, saudari sekelian dan di doakan semoga di Rahmati Allah S.W.T

Pada Aidilfitri tahun-tahun yang lalu, banyak di antara kaum muslimin mengambil sikap yang salah dalam merayakan hari kemenangan ini.
Mengapa? Kerana mereka belum memahami hakikat sebenar Aidilfitri tersebut dan bagaimana cara merayakannya.

Hakikat Aidilfitri

Setelah kita menjalani ‘kursus anjuran Allah S.W.T’ selama sebulan kita berpuasa, tentulah saat yang paling kita nanti-nantikan adalah pada 1 Syawal. Pada saat itulah kita (kaum Muslimin) akan merayakan hari kemenangan. Semua akan bergembira pada waktu itu.

Sebelum kita merayakan Aidilfitri sebagai hari kemenangan, penting bagi kita untuk mengetahui hakikat sebenar Aidilfitri itu sendiri secara mendalam. Sehinggalah kita boleh mengambil sikap yang tepat, bagaimanakah seharusnya kita merayakan hari kemenangan ini? Apakah kita akan merayakan hari kemenangan ini dengan membeli baju yang mahal, berpesta kuih-muih serta bermain bunga api seperti apa yang dilakukan oleh sebahagian orang apabila menyambut tahun baru. Atau adakah kita akan merayakan Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan sujud kepada Allah.

Fitri bererti fitrah atau suci. Sesuai dengan erti kata iti, kaum muslimin pada hari raya Aidilfitri merayakan kemenangannya kerana mereka telah melepasi ‘kursus’ selama sebulan iaitu dengan membersihkan jiwa dari kotoran dan karat-karat nafsu dunia serta kembali kepada fitrahnya yang suci, iaitu Islam.

Bagaimanakah orang mengembalikan fitrah Islamnya? Salah satu cirinya adalah, mereka telah mampu mengaplikasikan Islam dalam setiap gerak dan langkah dalam kehidupannya di dunia. Sehingga baginya dunia hanyalah tempat untuk mencapai tujuan akhirat. Mereka telah bersungguh² dalam menjalankan puasanya demi untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keredhaan-Nya. Bukan hanya sekadar untuk memenuhi kehwajipan dalam rukun Islam sahaja, apatah lagi untuk tujuan riak’ (menunjuk-nunjuk) kepada manusia. Mudah-mudahan Allah menjauhi kita dari sifat riya’ ini dan memasukkan kita ke dalam golongan orang² yang bergembira kerana puasanya.

Bagaimana Merayakan Aidilfitri?

Bagi seseorang muslim, kegembiraan dalam merayakan Aidilfitri tidaklah terungkap dengan menurut hawa nafsu semata-mata. Namun kegembiraan ini akan disalurkan sesuai dengan petunjuk Allah dan Rasul-Nya, agar tidak hanyut dan menimbulkan akibat yang merosak.
Islam mengajar dua hal dalam menyatakan kegembiraan ini, iaitu:-
1. Menguatkan hubungan yang bersifat vertical, iaitu dengan Allah Maha Pencipta sebagai tanda syukur..
2. Menguatkan hubungan yang bersifat horizontal, antara sesame makhluk, khususnya sesame manusia.

Menguatkan hubungan vertical ini dapat dilakukan dengan jalan memperbanyakkan zikrullah, mengunmandangkan ucapan Takbir dan Tahmid ( Takbir Raya). Oleh itu kita hendaklah pergi awal ke Masjid pada pagi raya supaya kita sama-sama dapat Takbir raya. Sebagai puncaknya kita akan mengerjakan solat sunat Aidilfitri.

Yang kedua adalah memberi kegembiraan dengan menghulurkan tangan kepada orang² yang lemah, terutama anak yatim dan fakir miskin, dengan memberikan zakat fitrah kepada mereka. Zakat fitrah wajib kepada kaum Muslim dan Muslimah, kecuali mereka yang tidak mampu, yang hanya mempunyai persediaan di rumah.

Pada hari itu juga telah lazim bahawa setiap muslim saling kunjung mengunjungi satu sama lain dan saling memaafkan. Tetapi satu hal yang kurang pada tepat tempaynya, bahawa kita saling memaafkan pada akhir bulan Ramadhan. Padahal seharusnya perkara ini kita lakukan sebelum/menjelang bulan Ramadhan, sehingga kita memasuki bulan Ramadhan dengan hati yang bersih.

Demikianlah Islam mengajar kepada umatnya, bagaimana merayakan hari kemenangan ini, sehingga di hari yang berbahagia ini tidak ada perkara sia² yang kita lakukan.

Mudah-mudahan selepas bulan Ramadhan ini kita akan dapat menjadi insane-insan yang bertakwa. Bersama-samalah kita memohon kepada Allah agar kita diberikan kekuatan untuk tetap konsisten melakukan amal serta dapat melanjutkan amalan pada bulan Ramadhan ini hingga amalan tersebut tidak hanya menjadi catatan pada bulan Ramadhan yang kemudian ditutup bersamaan dengan selesainya bulan Ramadhan.

p/s: Sama²lah kita tingkatkan amalan kita setiap hari, janganlah kita tingkatkan amalan kita hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Moga-moga ‘kursus’ yang telah kita jalani selama sebulan itu dapat mengajar kita untuk kita amalkan setiap masa dan bukan hanya pada bulan Ramadhan sahaja…


1 Nasihat Sahabat:

arnamee 1 October 2009 at 6:53 PM  

Salam..

insyaallah,sama2 lah kite istiqamah ...:)

Selamat Datang Ke:

Photobucket

Komen D'SinarWorld

About Me

My photo
Assalamualaikum...Aku bukanlah insan sempurna.. Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan dan ingin mencari sebuah kehidupan yang sempurna berlandaskan syariat Islam.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...

Pautan D'SinarWorld

PROWIR Masjid Al barakah PEMUDA

  ©Template by Dicas Blogger.