Thursday, 3 December 2009

Doa Ketika Bersujud & Keistimewaannya



Bismi

Assalamualaikum..

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah.
Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana
yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan
sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang
hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu
hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti.
Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah
doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal,
imam yang benar, ilmu yang bermanfaat,
kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi,
hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau
sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam
mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.
Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan
kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam
sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari
kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali
mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki
oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor
kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya
pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan
mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu')
putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA
------------ ---------

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya.
Rasulullah s.a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka
yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan
orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka
dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah
neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar
dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain
bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud
mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah
tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba
yang benar-benar mendapat rahmat.

Ps: Semoga beroleh manfaat.. Insya Allah..

Wednesday, 18 November 2009

Tutup Aurat | Penjelasan UZAR | (Kemaskini)

Bismi

Kemaskini 18 November 2009
Assalamualaikum..

Marilah sama² kita dengar penjelasan Ustaz Zaharudin Abdul Rahman (UZAR) tentang Aurat..
Sesungguhnya banyak ilmu & manfaat yang terdapat dalam Video UZAR ini..

Berikut adalah kata² Ustaz Zaharuddin dalam video tersebut..

Ada orang bertanya kepada saya. “Kenapa Islam mewajibkan Tutup Aurat, memakai etika tertentu, mesti pakai tudung, pakai stoking, pakai pakaian tak boleh nipis, tak boleh nampak tubuh badan dan sebagainya”?
Mereka kata undang² ni undang² yang beku ‘jumud’ dan tak boleh pakai zaman sekarang ni.. Zaman sekarang ni bebas, orang nak pakai apa pun suka hati dia la..

Maka saya kata begini, nak jawab senang saja..
“Saya nak tanya kepada anda, kalau anda nak masuk ke dalam satu² hotel 5 bintang bolehkah anda pakai kain pelikat atau kain batik saja?”
Tentu lah tak boleh, silap² kena sepak dengan body guard dia nanti..

Jadi, kenapa anda tak marah undang² yang letak etika² kod tertentu untuk masuk hotel² 5 bintang tetapi kenapa anda marah Islam yang meletak etika kod pakaian untuk umat Islam?

Tuan² yang bekerja di menara telekom, bolehkah tuan² masuk menara telekom pakai selipar jepun? Bolehkah?, ataupun pakai tuala saja. Bolehkah?
Bolehkah kita kata suka hati aku la nak pakai tuala ka apa pun.. ini hak peribadi aku..
Arghhhh… jgn suruh aku pakai baju begitu, begini.. Ini semua undang² kuno…
Ha.. kenapa tak kata kat bos anda begitu?

Itu sedikit kata² UZAR di dalam video tersebut.. Jadi sama²lah kita dengar untuk mengetahui apa penjelasan UZAR tentang Aurat ini..


Mesti Dengar........



Kepada yang masih belum bersedia tu jangan tunggu sampai dah nak mati baru nak bersedia.. Masa tu nak buat apa lagi??? Dah tak sempat dah... Ingatlah bahawa kita semua akan MATI, cuma waktunya sahaja kita tidak tahu.. Ingatlah bahawa dunia ini hanya Sementara dan Akhirat itu kekal selamanya..



Fikir²kan & Renung²kan.. Selamat Beramal....



18 Mei 2009


Sunday, 8 November 2009

Mengapa Ber 'Couple' HARAM???



Bismi

Assalamualaikum…

Kali ni saya nak bawa topik berkenaan “Couple” pula..
Tentu masih ramai di antara kita akan bertanya “Couple” ni Haram ke tak?
Jadi, berdasarkan pembacaan saya dari sebuah laman web, saya telah mendapat jawapan bagi kes ini..
Oleh itu marilah kita sama² luangkan sedikit masa untuk membaca walaupun ianya agak panjang tapi luangkanlah sedikit masa supaya kita dapat menambah ilmu pengetahuan kita..
Kepada yang sudah baca, boleh ulang baca supaya ianya akan tersemat di hati..

Artikal ini saya ambil di Laman Web Halaqah.net… Untuk maklumat lanjut Klik SINI

Nak couple boleh tak?

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.

Apa Itu Ber ‘Couple’?

Ber ‘Couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik.

Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘Couple’.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan.

Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang, papa-mama dan sebagainya. (Naik jijik juga bila dengar belum kahwin dah panggil mcm tu)

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘Makan tak kenyang, Tidur tak lena, Mandi tak basah’.

Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati.

Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya.

Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘Couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang
kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.

Berbalik kepada topik UTAMA kita..

Friday, 30 October 2009

Wasiat Buat Isteri Tersayang


Gambar Sekadar Hiasan.

Bismi

Assalamualaikum..

Kali ini saya nak kongsi kisah seorang isteri yang mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri terhadap suaminya. Mungkin ada di antara sahabat² yang sudah baca kisah ini.
Di sini saya ingin berkongsi cerita ini kepada yang belum membacanya.

Sama²lah kita membaca dan kita mengambil iktibar dan pengajaran yang terdapat
dalam cerita ini. InsyaAllah.
Buat semua, pada yang dah berkahwin, baru nak kahwin ataupun akan berkahwin
nanti, kisah ni biarlah tersemat di dalam Jiwa kita...

Ceritanya bermula begini...

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun
kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).
Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani
di kampung beliau.
Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara
menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri
Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara
Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.
Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu.
Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada
arwah. Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu,
lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Thursday, 22 October 2009

Cinta Hakiki & Cinta Nafsu. Di mana kedudukan Kita?



Bismi

Assalamualaikum…

Apa yang kita faham tentang cinta?
Cinta itu memang indah dan Cinta memang ada pada setiap manusia, tapi kita perlulah berhati² dengan Cinta. Berbagai² kemungkinan boleh berlaku kerana Cinta, malah ada yang sanggup bunuh diri kerana CINTA. Ada juga yang kurang siuman dan hidupnya tidak terurus disebabkan oleh CINTA.
Cinta terbahagi kepada dua iaitu Cinta Hakiki dan Cinta Nafsu. Oleh itu, kitalah yang akan menentukan samada cinta yang lahir dalam diri kita itu adalah cinta yang berlandaskan syariat ALLAH atau cinta mengikut NAFSU semata².

Sebelum kita mengetahui apa itu Cinta Hakiki dan Cinta Nafsu di sini saya terangkan sedikit makna cinta. "Makna Cinta yang saya post di sini bukanlah ciptaan atau definisi saya sendiri tetapi saya ambil dari kata² ‘Ustaz Kazim Elias’ dalam ceramah beliau yang bertajuk ‘Ibu Mertuaku’."
Jadi moga² kita sama² beroleh sedikit manfaat…

Apa itu Cinta…???
"Cinta adalah 2 Hati menjadi 1. Dua orang Hati Satu"
Itulah dinamakan
CINTA..
Setiap manusia ada perasaan Cinta. Jadi Cinta adalah perasaan yang telah Allah kurniakan kepada setiap manusia.
Kita tidak boleh halang seseorang jatuh Cinta, tapi kita cuma boleh bimbing Cinta itu ke arah kebaikan. Cinta itu mestilah bersih dan murni. Jangan cemari Cinta dengan perkara yang cemar dan dosa. Selalunya Cinta itu akan berakhir dengan perkahwinan.
Tetapi cinta itu juga sebenarnya ialah tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan.

Monday, 19 October 2009

Perempuan Memang Tak Guna Kalau...


Bismi

Asslamualaikum..

Kali ini sekali lagi saya buat Posting tentang Kaum HAWA.. Jangan marah na kalau ada yang tidak suka dengan tajuk posting saya kali ini.. Jadi, sebelum menilai sesuatu itu kenalah baca bagi habis dulu k…
Tajuk dia ja nampak macam menghentam kaum HAWA ni tapi isi dia lain.. Marilah sama² kita lihat sebab apa yang membuatkan PEREMPUAN MEMANG TAK GUNA....

1.Perempuan itu tidak guna kain yang
nipis untuk membuat bajunya, sehingga
terbayang kulitnya serta tubuh badannya..

2. Perempuan memang tidak guna rantai
kaki yang berloceng untuk dililitkan pada
kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun
tersembunyi tetap bergemerincing dan
menarik perhatian orang lain, lebih-lebih
lagi lelaki JAHAT.

3. Perempuan memang tidak guna minyak
wangi yang baunya semerbak. Perempuan
yang tidak memakai wangian yang kuat ini
tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi.
Sabda junjungan bahawa wanita yang
keluar rumah dengan memakai wangian,
adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh
berwangi-wangi tetapi bersederhanalah
dalam pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata
yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang
bercakap perkara yang keji adalah mereka
yang rendah akhlaknya..

5. Perempuan tidak guna masa berborak
untuk mengatakan hal-hal orang yang
disekitarnya atau dengan kata lain
mengumpat, memperkatakan keaiban
saudaranya..

6. Perempuan memang tidak guna tudung
tiga segi, apabila memakainya
diselempangkannya sehingga nyata
bentuk perbukitan pada badannya
(tudung siput babi) . Oleh itu Si suami mesti
memberi peringatan untuk isteri dan anak-
anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok
bahasa yang boleh menggoda seorang
lelaki. Jika bercakap dengan lelaki
yang bukan mahramnya, bercakaplah
dengan tegas!

8. Perempuan memang tidak guna alat
make-up untuk menonjolkan
kejelitaannya melainkan di hadapan
suaminya sahaja kerana Aurat wanita
hanyalah untuk suaminya..

9. Perempuan tidak guna kain tudung
yang jarang-jarang seperti jarangnya
jala yang digunakan untuk memukat
haiwan akuatik kerana dia tahu bahawa
apabila berpakaian begitu adalah berdosa..

10. Perempuan memang tak guna pakaian
yang ketat dan jarang kerana takut akan
azab Allah di Akhirat kelak.

P/s: Dah bacakan… Jadi jika ada yang salah harap dapat memperbetulkan saya ya.. Manusia macam kita tidak terlepas dari melakukan KESILAPAN.. Dan diharap mendapat sedikit manfaat dari posting saya kali ini..

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!


Tuesday, 13 October 2009

Kasih Sayang Antara Pasangan



Bismi

Assalamualaikum....

Bacalah kisah di bawah. Sesungguhnya ada pengajaran yang boleh diambil dan diaplikasi dalam hidup kita. Mungkin bukan setakat pada orang yang disayangi tetapi juga rakan-rakan, teman-teman dan orang di sekeliling kita.
Mungkin ada yang telah membaca dan mengetahui kisah ini, tapi di sini saya lampirkan semula kisah ini supaya ada di antara kita yang masih belum membaca dan mengetahuinya akan mendapat sedikit manfaat daripada kisah ini.

Ceritanya berbunyi begini....
Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada
suaminya:

"Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia
membincangkannya. "Saya akan mulai dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak
sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat ...

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir ... "Maaf, apakah saya harus berhenti?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab suaminya.

Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang
tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan
manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,
"Sekarang giliran abang membacakan senaraimu".
Dengan suara perlahan suaminya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh
pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya...bahawa suaminya menerimanya apa adanya. Ia menunduk dan menangis ...

p/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain,
carilah kekurangan sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?.. Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ade yang perlu diperbaiki... wallahualam

Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita tak kira siapa pun sebenarnya adalah yang mencintai kita kerana kelebihan kita dan menerima kita kerana kelemahan kita. Dan sudah pastilah orang ini ikhlas dalam menyayangi diri kita... INSYA ALLAH.

Monday, 12 October 2009

Ustaz Shamsuri - Matahari Terbit Dari Barat



Bismi

Assalamualaikum…
Kali ini saya ingin berkongsi ceramah yang bertajuk MATAHARI TERBIT DARI BARAT yang disampaikan oleh Ustaz Shamsuri Haji Ahmad. Dalam ceramah ini juga menceritakan Tanda-tanda Akhir Zaman yakni Kiamat semakin hampir..

Ustaz Shamsuri - Matahari Terbit Dari Barat


dowlod


Antara isi-isi yang terdapat di dalam ceramah ini adalah:-

• Bala Allah kalau datang akan mengenai semua manusia tidak mengira orang itu baik atau jahat. Bala tidak hanya mengenai orang yang membuat maksiat sahaja.

• Diriwayatkan oleh Aisyah r.a katanya telah bersabda Rasulullah S.A.W akan jadi pada akhir umat ini:-
1. Manusia pada akhir zaman akan di telan bumi (Dah berlaku pada gempa bumi yang melanda Padang Indonesia-Masya Allah Insaflah kita bahawasanya Kiamat susah dekat). Seperti yang terjadi pada Qarun yang di telan bumi dengan hartanya.

2. Berubah rupa manusia menjadi rupa binatang seperti yang terjadi pada umat bani israil(Allah tukar mereka menjadi kera, beruk dan rupa khinzir).

3. Kena rejam dengan batu api yang turun dari langit.

Sebab Allah turunkan 3 bala ini adalah kerana maksiat telah berlaku secara berleluasa di muka bumi maka Allah akan turunkan bala ini. Puncanya adalah Allah marah di atas maksiat yang telah dilakukan oleh manusia.
Contohnya: Kalau kita ada rumah sewa kemudian ada kawan kita datang dan memberitahu ada orang buat maksiat di dalam rumah kita adakah kita akan marah? Tentulah kita akan marah. Begitulah juga dengan Allah, apabila kita buat maksiat di atas muka bumi Allah tentulah Allah akan marah sebab ini bumi Allah. Dengan sebab itulah Allah menurunkan bala.

Kata Nabi S.A.W bala Allah tidak akan turun kepada semua manusia jika maksiat berlaku secara tersembunyi tetapi bala Allah akan kena kepada semua manusia jika maksiat berlaku secara terang-terangan

Matahari Terbit Dari Barat menandakan kiamat sudah dekat. Kerana apabila sesuatu berlaku luar dari kebiasaan maka kebinasaan akan berlaku.

• Tiap² kali Magrib matahari sujud kepada Allah. (Sedangkan matahari pun sujud mengapa masih ada di antara kita tidak mahu sujud kepada Allah).

• Apabila dekat nak kiamat malam jadi panjang. Matahari tidak keluar selama 3 malam. Malam menjadi 33 jam. Hanya orang yang selalu bangun sembahyang tahajud (Ahli Tahajud) sahaja akan menyedarinya.

• Golongan Ahli Tahajud inilah yang akan memberitahu kepada semua bahawa kiamat sudah dekat.

Demikianlah sedikit isi² yang terdapat di dalam ceramah ini. Jika saudara atau saudari ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi silalah DOWNLOAD untuk mendengar ceramah ini.

P/s: Sama²lah kita menambah ilmu pengetahuan kita dengan mendengar ceramah² agama.. Mungkin ada di antara kita yang tidak sempat untuk menghadiri majlis² agama jadi luangkanlah sedikit masa dengan mendengar ceramah² agama di rumah atau di mana sahaja kita berada..

Wednesday, 7 October 2009

Kata Kata Mak Aku...

Assalamualaikum...

Kali ni kita dengar kata² mak aku...

Mak aku kata,
Jangan hisap dadah kerana ia tak beri faedah,
Seksanya bila dah tertulis,
Bila kau jalan asyik terumbang ambing…

Wanita pula jangan seksi sangat,
Kalau lebih seksi nanti kena sengat,
Oleh buaya, buaya keramat,
Tergedik-gedik macam anak itik,
Pabila diri di suntik…

Kalau kita ini anak melayu,
Tahulah sikit adat-adat yang tak boleh dibuat,
Yang mana halal, yang mana haram,
Semua itu harus di pandang..
Tapi aku heran perangai orang² zaman 90an,
Bangga dia ke depan…
Tapi ada juga orang yang tak bangga,
Asyik terhegeh² di kelab malam..
Banyak simpan member…

Mak aku kata,
Harus kerja kuat,
Senang la sikit bila nak mengorat,
Walau muka hensem kalau tak kerja susah juga,
Zaman sekarang semua itu tak layan…

Ukays - Kata Kata Mak Aku
dowlod



Sama²lah kita layan dan hayati lirik lagu Ukays ni..

Di samping itu, kita sebagai anak harus ingat pesan mak bapak kita sebelum melakukan sesuatu perkara.
Ingatlah titik peluh mereka membesarkan kita dan mendidik kita.. janganlah kita membusukkan nama mereka dengan perkara yang boleh mengaibkan mereka..
Kita kenanglah jasa mereka dengan Kejayaan…

Sunday, 4 October 2009

Dosa Ini.. | Taubat Seorang Hamba |



Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum Semua...

Dosa..
Apa yg kita tahu tentang dosa..
Cuba kita renung kembali kehidupan kita pada hari², bulan² dan tahun² yg telah berlalu…
Banyak manakah dosa yang telah kita lakukan..
Adakah dosa yang kita lakukan itu terlalu berat???
Adakah dosa kita akan diampunkan oleh ALLAH???

Sebelum kita tidur eloklah sekiranya kita renung kembali ke dalam diri kita..
Berapa banyakkah dosa yang telah kita lakukan dalam hari-hari yang telah berlalu..
Dosa yang macam mana yang telah kita lakukan…
Cuba kita renungkan adakah dosa yang telah kita lakukan itu Allah akan ampunkan kita apabila kita bertaubat… (Insya Allah, Allah akan mengampunkan dosa hamba-hambanya..)

Cuba kita pandang pada cermin..
Tentunya mereka yang masih mengingati akan dosa akan merasa bersalah..
Mereka akan berkata kepada diri mereka sendiri..

“Wajah inilah yang memandang yang haram,
Mata inilah yang melihat kaum bukan sejenisku dengan perasan berbaur..
Mulut inilah yang kadang kala 'gatal' untuk merasa yang haram..
Hidung inilah yang segar ketika menghirup minyak² wangi yang bercampur alkohol..
Tangan inilah yang memegang yang haram…
Kaki inilah yang berjalan ke tempat yang haram…”
“Astaghfirullahalazim… berdosanya aku ini???”

Selamat Datang Ke:

Photobucket

Komen D'SinarWorld

About Me

My photo
Assalamualaikum...Aku bukanlah insan sempurna.. Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan dan ingin mencari sebuah kehidupan yang sempurna berlandaskan syariat Islam.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...

Pautan D'SinarWorld

PROWIR Masjid Al barakah PEMUDA

  ©Template by Dicas Blogger.