Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum…
Sudi-sudikanlah diri anda untuk membaca warkah ini untuk dijadikan pedoman...
Mungkin ianya panjang tapi cubalah luangkan sedikit masa untuk membaca..
Kalau nak dibandingkan dengan novel, panjang lagi novel..
Novel yang panjang boleh baca takkan cerita pendek tak boleh baca..
Kau MUNAFIK...!!
Rashid melipat sejadah. Dia baru saja menunaikan solat Asar berimamkan
bapa mertuanya, Haji Sarip. Sudah tiga hari dia bercuti di kampung. Esok
dia harus memulakan tugas seperti biasa. Setelah bersalaman dengan ibu dan
bapa mertua. Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untuk pulang.
Tidak lama kemudian, kereta Wira Aeroback yang dipandu oleh Rashid
meluncur di jalan raya. Perjalanan dijadualkan akan mengambil masa lebih
kurang empat jam. Rashid meluruk ke wajah Zakiah, isteri yang
dikahwininya dua tahun yang lalu. Mungkin belum rezeki, mereka belum
dikurniakan cahaya mata. Rahisd tidak memikirkan sangat soal zuriat
kerana perkahwinan mereka masih muda.
Lagipun mereka berdua sama-sama bekerja. Cadangnya setelah ekonomi
mereka kukuh sedikit, barulah merancang untuk menerima cahaya mata.
Hampir sejam berlalu, Rashid membelok memasuki lebuhraya. Bahang matahari
sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca lebih nyaman. Ketika
mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum. Zakiah sudah terlena.
Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu untuk mengatasi perasaan
mengantuk.
Ketika jam menunjukkan pukul 7:30 malam, Zakiah membuka mata. Dilirik
wajah suaminya sepintas lalu. Sudah masuk waktu Mahgrib. Kalau tidak
dingatkan,
pasti suaminya tidak akan berhenti untuk menunaikan solat Mahgrib.
"Dah Mahgrib, bang. Berhenti sekejap."
Wajah Rashid kelihatan keruh. Membayangkan perasaan kurang senang
mendengar permintaan isterinya. Zakiah sedia maklum. Suaminya bukan
sembahyang sepanjang waktu. Hanya di depan kedua orang tuanya. Malahan
di depan orang tuanya sendiri, Rashid tidak pernah sembahyang.
Zakiah kesal dengan sikap suaminya, sudah puas dia memberikan nasihat tetapi
langsung tidak diturutinya.
Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke tempat rehat.
Zakiah kurang yakin suaminya akan turut sama menunaikan solat Mahgrib.
Selalunya Rashid lebih rela menunggu di dalam kereta atau membasahkan
tekak di medan selera.
Tempat rehat kelihatan sesak dengan kenderaan. Rashid
tidak menemui ruang untuk memarkir kereta. Dia menghentikan kereta,
meminta Zakiah turun.
"Abang tak turun sekali?" tanya Zakiah penuh harapan.
"Kiah pergilah&abang tunggu kat sini. Tak ada parking," jawab Rashid
mudah.
Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi telekung, Rashid
memejamkan mata. Tempat parking masih penuh. Dia terlelap seketika,
terjaga semula sewaktu Zakiah membuka pintu kereta.
Perjalanan diteruskan.
"Abang tidur?" tegur Zakiah.
"Ha terlelap sekejap. Letih rasa badan ni."
"Kalau abang letih, biar Kiah bawak."
"Tak apa kalau tak tahan sangat Kiah bawaklah nanti."
Zakiah tidak membantah. Lagipun dia sendiri terasa penat. Hujan mulai
turun membasahi jalan. Rashid memperlahankan kereta. Memandu dalam
keadaan jalan licin mengundang risiko.
Namun malang tidak berbau.
Rashid sudah berhati-hati tetapi ada pemandu lain yang kurang memikirkan keselamatan diri dan orang lain.
Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu merempuh
bahagian belakang keretanya. Dentuman yang amat kuat kedengaran.
Serentak dengan itu kereta yang dipandunya melambung sebelum menghempas
jalan dengan bahagian atas ke bawah.
Apabila sudah menyedari apa yang sebenarnya berlaku, Rashid berusaha
keluar. Namun kakinya tersepit sedangkan Zakiah di sebelahnya tidak
sedarkan diri.
"Ya Allah selamatkan kami" bisiknya perlahan. Terasa mukanya basah,
darah merah mengalir.
Orang ramai datang membantu. Mengeluarkan Zakiah terlebih dulu. Kemudian
giliran Rashid tetapi usaha mereka gagal kerana kaki Rashid tersepit.
"Tersepit tak boleh tarik"
"Kena tunggu bantuan. Kita bawa dulu yang perempuan ke hospital."
Rashid berdoa dan berdoa tanya henti agar Allah S. W. T menyelamatkan
Zakiah dan dirinya.
"Bertahan, encik. Kami sudah memanggil bomba!"
Anehnya Rashid tidak merasakan kesakitan yang sewajarnya. Boleh
dikatakan kakinya tidak terasa dihimpit oleh sesuatu. Namun dia gagal
untuk menggerakkannya.
"Tolong saya, encik" pinta Rashid dengan nada sayu.
"Mengucap cik & berdoa kepada Allah cik akan selamat."
"Sabar encik tak lama lagi pasukan penyelamat akan sampai."
Kata-kata memberi semangat silih berganti menusuk telinganya. Dengan
keremangan malam, Rashid melihat begitu ramai yang mahu membantu. Syukur
& pandangannya tertumpu pada seorang lelaki yang memakai jubah seba putih,
berserban dan berjanggut lebat. Kelihatan mulutnya terkumat-kamit sambil
tangannya memegang tasbih.
"Ya Allah selamatkanlah aku"
Bunyi siren agak melegakan Rashid. Bantuan sudah tiba. Pasukan bomba
dengan tangkas mengeluarkan alat kelengkapan untuk mebebaskan Rashid
dari himpitan.
Beberapa minit berlalu, kemudian suasana menjadi sunyi apabila salah
seorang anggota bomba bersuara.
"Kakinya tak tersepit apa-apa. Pelik kenapa tak boleh keluar?"
Usaha untuk mengeluarkan Rashid terhenti. Semua yang ada di situ
kebingungan. Mereka tidak mampu menarik Rashid keluar, sedangkan tidak
ada apa-apa yang menghimpitnya. Rashid sendiri kebingungan. Bencana apa
yang sedang menimpanya.
"Ini bukan kerja manusia macam kita, kena panggil orang yang tahu"
terdengar sebuah pendapat.
Rashid semakin gementar. Doanya tidak putus-putus. Ketika mulutnya
terkumat-kamit berdoa, tiba-tiba dia merasakan seseorang berjongkok di
sebelahnya. Rashid berpaling, agak tersentak melihat lelaki berjubah
tadi berada di sebelahnya.
"Tuan tolong saya tuan"
"Saya tak boleh menolong, Yang Berkuasa hanyalah Allah Taala"
"Saya tak berhenti berdoa, tuan. Tolonglah saya, tuan"
"Kamu berdoa kepada siapa?"
Rashid terdiam. Aneh bunyi pertanyaan lelaki itu. Dalam keadaan cemas
begitu, Rashid merasakan bukan tempatnya untuk bergurau. Apatah lagi
lelaki itu kelihatan seperti orang alim.
"Sudah tentulah pada Allah."
"Tetapi Allah bukanlah Tuhan kamu!"
Rashid tidak mampu hendak menggerakkan sebarang anggota. Kalau tidak,
sudah pasti dia akan mengerjakan lelaki itu. Nampak saja alim, tetapi
bercakap seperti orang yang tidak berilmu.
"Bukankah selama ini kamu tak pernah menyembah Allah. Kamu hanya
mendirikan sembahyang di depan mentua kamu. Sedangkan di belakang
mereka, kamu tidak pernah ingat pada Allah. Tidakkah kamu malu meminta
pertolongan dari Allah. Kenapa kamu tidak meminta pertolongan dari
mentua kamu!"
Tenggorok Rashid terasa amat kering. Dia ingin bersuara, memohon ampun
atas kesilapannya selama ini, tetapi tidak ada suara yang keluar.
Lelaki berjubah itu hanya tersenyum, kemudian bangun dan meninggalkan Rashid.
Rashid berusaha untuk memanggil, ingin memaklumkan bahawa dia menyesal
tetapi mulutnya tidak mampu lagi dibuka.
Sedangkan kesakitan mula terasa. Sesuatu yang amat berat menghimpit sehingga dia tidak mampu bernafas.
Rashid cuba meronta tetapi usahanya hanya sia-sia. Tidak lama
kemudia dia tidak sedarkan diri.
"Abang abang! Abang!!"
Perlahan Rashid membuka mata. Wajah isterinya memenuhi pandangan.
Syukurlah isterinya selamat. Rashid memanjatkan kesyukuran di dalam
hati. Akhirnya mereka mampu keluar dari bencana.
"Sedapnya tidur dah naik serak suara Kiah mengejutkan abang"
Tidur? Rashid terpinga-pinga. Segera dia memandang sekeliling. Ya Allah!
Dia masih berada di tempat rehat.
"Kiah tunggu sekejap abang nak solat Mahgrib!" kata Rashid sambil
terkocoh-kocoh membuka pintu kereta.
Zakiah tercengang, namun senyuman merekah di bibirnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"KASIH...Keindahan MU Merupakan Ma'rifat Yang Tersembunyi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
P/s: Sama²lah kita menghayati cerita ini dan dapat mengambil sedikit ilmu dan iktibar daripada cerita ini..
Renung-renungkanlah dan Selamat Beramal…