Saturday, 29 May 2010

Mengapa Doa Kita Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T



Bismi

Assalamualaikum...
Salam perjuangan sahabat².. Jom kita muhasabah diri kita..

Mengapakah Doa kita tidak diterima oleh Allah S.W.T...
Berikut ada 10 sebab:-


1. Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.

2. Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, Tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.


4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.


5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.

6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak beramal untuknya.


7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak lari daripadanya.


8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak bersedia baginya.

9. Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.


10. Kamu mengubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak jadikan pelajaran bagi mereka.


Semoga kita menyedari akan kesilapan dan kekurangan kita dan sentiasa berusaha untuk memperbaikinya. Wallahua'lam...

P/s: Sama2lah kita menghayatinya dan berusaha untuk memperbetulkannya... Note ini ditujukan kepada diri saya sendiri terutamanya dan juga kepada sahabat2 sekalian.. Moga kita sentiasa diberi Petunjuk dan Hidayah Oleh-NYA... Insya Allah.. Amin..

3 Nasihat Sahabat:

puteripapa,  23 June 2010 at 8:13 am  

Assalamualaikum,

quite interesting.
easy to read
friendly ?

boleh tolong jawab untuk saya bagi persoalan menutup aurat ni?

soalan saya -

kenapa mesti aurat wanita yang sering di perkata ?

2. sekiranya Allah mahu kan wanita menutup rambut, mengapa dijadikan rambut sebagai mahkota. mengapa tidak Allah jadikan kita tidak berambut shaja.

3. Hair is a gift. Sebahagian hadiah, dari Allah, selain kesempurnaan dalam diri seseorang manusia. so, why shud women's hide it ?

Salamm

A.S.H Sinar 28 June 2010 at 1:16 am  

Saudari boleh rujuk artikal2 di web UZAR untuk maklumat lanjut tentang persoalan saudari..
saya bukan ustaz jadi sy x dapat nak jawab persoalan saudari...

Astagfirullah hal azim...
bawak mengucap saudari.. setiap apa yg Allah jadikan ada hikmahnya.. Rambut yang Allah cipta itu adalah mahkota Wanita yang hanya boleh di liwat oleh Suaminya dah mahramnya..

Kalau saudari mengaku saudari Islam mengapa perlu di persoalkan persoalan seperti itu?
bukan saudari persoalkan soalan itu kpd saya sebenarnya tapi saudari telah persoalkan ALLAH...
Astagfirullah hal azim...

Hati2 saudari "kata2 saudari boleh membawa kepada 'KAFIR'.."

Di petik dari kata2 Ustaz Zaharuddin...

Ada orang bertanya kepada saya. “Kenapa Islam mewajibkan Tutup Aurat, memakai etika tertentu, mesti pakai tudung, pakai stoking, pakai pakaian tak boleh nipis, tak boleh nampak tubuh badan dan sebagainya”?
Mereka kata undang² ni undang² yang beku ‘jumud’ dan tak boleh pakai zaman sekarang ni.. Zaman sekarang ni bebas, orang nak pakai apa pun suka hati dia la..

Maka saya kata begini, nak jawab senang saja..
“Saya nak tanya kepada anda, kalau anda nak masuk ke dalam satu² hotel 5 bintang bolehkah anda pakai kain pelikat atau kain batik saja?”
Tentu lah tak boleh, silap² kena sepak dengan body guard dia nanti..

Jadi, kenapa anda tak marah undang² yang letak etika² kod tertentu untuk masuk hotel² 5 bintang tetapi kenapa anda marah Islam yang meletak etika kod pakaian untuk umat Islam?

Tuan² yang bekerja di menara telekom, bolehkah tuan² masuk menara telekom pakai selipar jepun? Bolehkah?, ataupun pakai tuala saja. Bolehkah?
Bolehkah kita kata suka hati aku la nak pakai tuala ka apa pun.. ini hak peribadi aku..
Arghhhh… jgn suruh aku pakai baju begitu, begini.. Ini semua undang² kuno…
Ha.. kenapa tak kata kat bos anda begitu?

A.S.H Sinar 28 June 2010 at 2:20 pm  

Semoga note ni dapat menjawab serba sikit persoalan awk..

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapatimasih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalamsetiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan parapegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikannasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidakmampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seoranggadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Makadia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insafdan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak

Selamat Datang Ke:

Photobucket

Komen D'SinarWorld

About Me

My photo
Assalamualaikum...Aku bukanlah insan sempurna.. Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan dan ingin mencari sebuah kehidupan yang sempurna berlandaskan syariat Islam.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...

Pautan D'SinarWorld

PROWIR Masjid Al barakah PEMUDA

  ©Template by Dicas Blogger.