Wednesday, 28 April 2010

KISAH PEMUDA DAN HARIMAU PUTIH



Assalamualaikum...

Mengisahkan seorang pemuda yang mempunyai isteri yang suka berleter. Setiap hari si isteri asyik berleter kerana si pemuda tidak mampu memberikan kekayaan dan kebahagiaan
kepadanya.

Ada sahaja yang tidak kena dan tidak memuaskan hati si isteri. Si
pemuda sangat sedih dengan sikap isterinya. Pada satu hari dengan rasa sedih dan hati yang pilu, duduklah si pemuda di pinggir hutan sambil mengenangkan nasibnya.

Si pemuda berdoa kepada Tuhan agar membantu dan mengembirakannya. Tiba-tiba datang seekor harimau putih menghampiri pemuda tersebut. Pemuda tersebut begitu terperanjat dan ketakutan melihat harimau yang berada di hadapannya .

Harimau tersebut berkata kepada si pemuda, “wahai pemuda mulai
hari ini akulah sahabat mu, aku akan membantu mu dalam pekerjaanmu”. Setiap hari Pemuda tersebut dapat menebang pokok lebih dari kebisaan dan menjualnya, hasil yang diperolehi diberikan pada si isteri.

Pemuda tersebut juga menceritakan kepada isterinya tentang sahabatnya yang membantu beliau di dalam hutan.

Setiap pagi si pemuda tidak sabar sabar untuk masuk ke dalam hutan untuk bertemu sahabatnya yang baik hati dan menjadi penghibur dikala dia berduka. Keadaan ini menimbulkan rasa cemburu kepada si isteri . Si isteri tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku dan ini menyebabkan si isteri sangat sakit hati.

Si isteri telah masuk ke dalam hutan untuk membunuh binatang yang di ceritakan oleh suaminya . Alangkah terperanjatnya si isteri apabila melihat Harimau Putih berada di hadaannya. Si isteri berlari lintang pukang menyebabkan dia terjatuh dan cedera parah. Si isteri begitu trauma sehingga menjadi gila dan meninggal dunia akhirnya.

Tidak lama selepas itu, si pemuda telah berkahwin dengan seorang wanita yang sangat budiman. Si pemuda sangat gembira bersama isterinya yang baru hingga lupa sahabatnya di dalam hutan. Selama 3 bulan 1 hari (100 hari) beliau tidak ke hutan .

Pada satu pagi si pemuda tergesa-gesa masuk ke dalam hutan untuk
bertemu sahabatnya harimau putih. 3 hari berturut-turut si pemuda mengunjungi tempat yang sama tetapi sahabatnya tiada di situ. Kerana terlalu letih, si pemuda pun tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi si pemuda , sahabatnya harimau putih datang menghampirinya, pemuda tersebut begitu rindu dan gembira sekali.

Tapi kali ini sahabatnya tidak datang bermain-main dengannya. Si pemuda kehairanan. Harimau Putih berkata kepada si pemuda “ wahai pemuda yang budiman, dulu semasa engkau mempunyai isteri yang zalim, aku lah sahabat, pembantu dan penghiburmu.
Tapi kini engkau sudah mempunyai isteri yang baik, maka selesailah ususanku terhadapmu. Baliklah engkau ke pangkuan isterimu”. Sejak hari itu si pemuda melakukan pekerjaanya seorang diri, dia sangat merindui sahabatnya.

Sekadar Renungan BERSAMA....

Kisah Harimau ni juga terdapat dalam ceramah di bawah....
Sama²lah download jika ingin mendengar...

SILA KLIK PADA LINK UNTUK MENDOWNLOAD. TQ

Ustaz Shamsuri Hj. Ahmad - Seribu Kisah Seribu Calon

Ustaz Kazim Elias - Kerenah Isteri 2

0 Nasihat Sahabat:

Selamat Datang Ke:

Photobucket

Komen D'SinarWorld

About Me

My photo
Assalamualaikum...Aku bukanlah insan sempurna.. Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan dan ingin mencari sebuah kehidupan yang sempurna berlandaskan syariat Islam.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...

Pautan D'SinarWorld

PROWIR Masjid Al barakah PEMUDA

  ©Template by Dicas Blogger.