Wednesday, 31 March 2010

Rasa Ini...



Assalamualaikum...
Rasa ini...
Ya Allah hanya Engkau yang mengerti.....

Apa yang tersurat di wajah...

Apa yang tersirat di hati...

Tiada mampu lagi kumenepis..

Rasa ini...


Berulang kali ku mencuba

Agar rasa ini jauh dari hati..

Bukan kerana aku benci..

Tapi..

Bimbang hadirnya rasa ini...

Bisa menjauhkan aku dariMu...


Tapi Ar-Rahman...

Dikau berkuasa atas segalanya...

Rasa ini makin kuat aku menepis..

Makin mudah ia menghampiri...

Akhirnya...

Aku pasrah jika ini ketentuanMU...


Ya Hanan..

Tiada insan mampu menepis rasa ini...

Rasa kasih, sayang, cinta dan rindu sesama insan..

Untuk itu Ya Karim...

Pimpinlah setiap kasih sayang cinta
Dan rinduku ini

Agar sentiasa di bawah pimpinanMu...

Janganlah sesekali rasa ini
Dibiarkan menghampiri murkaMu


Ya Ghaffur...

Andai rasa ini dibawah pimpinan dan redhaMu

Sampaikanlah rasa ini terus ke dalam hatinya

Tanpa sebarang bicara nyata..

Jadikanlah rasa ini pendorong kepadanya
suka bermunajat
kepadaMu di malam hari..
Sayang akan Islam..

Kasih akan ummat Muhammad SAW

Cintakan jihad dan...

Rindu untuk syahid...


Ya Allah..

Pimpinlah rasa ini...

Agar aku terus taqarrub denganMu...

Amin....

Monday, 29 March 2010

Dah Nama Pun PENIPU...!!!



Assalamualaikum...

Kat sini ada kisah seorang penipu.. jom kita sama2 baca dan ambil iktibar dari kisah ini..
Insya Allah..

Kisahnya Begini....

" Pada satu masa dulu yang tak tau bila ada la tinggal satu keluarga yang terdiri daripada
3 orang, bapak, emak dan anak lelaki mereka yang selalu saja rileks kerjanya.

Adapun masalah sebenar mereka adalah mereka ini suka sangat bercakap bohong,
malah boleh kata macam hobi pulak.
Sehari kalau tak menipu memang terasa tak lengkap hidup.
Memang tak lalu makanlah.

Maka pada satu hari, ditakdirkan isteri lelaki terbabit meninggal dunia.
Mati tanpa sebab, tetiba jer. Maka beritahulah si bapa kepada anaknya.

"Kau pergilah bagitau kat Imam dan orang2 kampung berita sedih ini,
untung untung ada orang boleh tolong.. aku tak boleh pergi sebab kaki aku sakit...

"Si anak yang memang tau bapak dia menipu hanya mengangguk. Dia berlalu pergi.
Setelah berita itu di sampaikan kpd orang kampung maka tiada seorang pun yang
percaya akan berita yang disampaikan. Mana taknya itu bukan kali pertama berita semacam itu didengar.

Maka pulanglah si anak dengan wajah yang hiba. Berita itu disampaikan kepada si ayah.
Si bapak dengan wajah yang kesal akhirnya bersuara. "Aku ingat sudah sampai masanya kita berubah...
tak boleh menipu lagilah.

Pagi esok kau ikut aku, kita pergi ke lubuk kat hujung kampung sana,
aku semalam bermimpi dan diberitahu bahawa sesapa yg nak buang sikap buruk,
dia kenalah buktikan dengan terjun dan campakkan sifat buruk dia jauh ke dalam lubuk.
Camna?"Si anak hanya mengangguk sahaja kerana tiada lah ia mampu menandingi skill
menipu bapaknya yang memang luarbiasa itu.

Pagi keesokan harinya, setelah jenazah diuruskan, mereka bergerak ke lubuk misteri
seperti yang dirancang.Setelah sampai berkata si bapak dalam hatinya.
"Ini kalau aku terjun dulu ni mahu lemas dan hilang macam tu saja, ish bahaya ni..."

Lalu dia bersuara, "Leman (nama anak dia ler)...kau terjun dulu biar aku berkawal,
kat sini memang keras, org berpengalaman macam aku jer yg boleh mengawal keadaan dan keselamatan dgn baik".

Si anak tanpa membuang masa terus saja terjun ke dalam lubuk sambil si bapak menunggu.
Seminit...Dua minit... tiga minit...Si bapa mengeluh. "Dah mati ke budak ni?. Lama betul..."

Pada masa yang sama sebenarnya si anak sedang bertarung dengan nyawanya di bawah permukaan air.
Sebaik sahaja terjun kakinya telah tersangkut di akar pokok dan dia tidak dapat menimbulkan dirinya kembali.
Sudah tentulah setelah berlaku tarik menarik akhirnya dia berjaya lalu timbul di permukaan air.

"Apa yang kau buat lama sangat kat bawah tu?" tanya si bapak kehairanan. "Huh,
mau nya tak lama pak, kat bawah tu macam2 ada, pelbagai jenis makanan dan minuman disediakan.
Semuanya free belaka. Ada nasi goreng, roti canai, Kenny Rogers dan macam macam lagi.
Kalau tak teringatkan bapak sorang sorang kat sini saya ingat dah tak nak naik lagi dah..
"jelas anaknya dengan penuh penghayatan.

Cerita si anak tadi telah menyebabkan asid di dalam perut si bapak tadi mengeleggak.
"Dari semalam tak makan, ini kira best giler dah ni, baik aku terjun.."nekad si bapak.
Dush...si bapak tadi terjun ke dlm lubuk kepala dulu dengan kecepatan yang tak boleh dijelaskan.
Kepalanya terhantuk dengan batu dan berdarah teruk. Tak sampai seminit dia timbul kembali.
Si anak bertanya, "Bapak, apa yang telah berlaku?"

Bapak dengan selamba menjawab "Tu la hang, lain kali kalau nak makan bayar laa..
tak pasal2 aku kena belasah sebab hang makan dan minum pas tu tak bayar..."
Hahahahahahahahahaha....

Dah nama penipu tu, penipu jugaklah... :-)

Moral..
p/s: Ambillah iktibar dari cerita ini..
Janganlah kita jadi penipu mcm dalam cerita ni sampai orang dah x percaya dengan kita.. Susahlah kita kalau orang dah x percayakan kita.. Bila kita cakap perkara yg betul pun org dah anggap kita tipu habislah kita... Oleh itu jadilah seorang yang JUJUR & AMANAH dalam setiap perbuatan kita.. Amin...

Sunday, 14 March 2010

Bengkoknya Wanita



Assalamualaikum...

"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"

"Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."

"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok*? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."

"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."

"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"

"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."

"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."

"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."

"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."

"Apa maksud sebenar Hadis tu?"

"Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"

"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. "

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."

"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."

"Hmm, betul tu Naim."

"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."

"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."

"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini... "

*Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

Selamat Datang Ke:

Photobucket

Komen D'SinarWorld

About Me

My photo
Assalamualaikum...Aku bukanlah insan sempurna.. Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan dan ingin mencari sebuah kehidupan yang sempurna berlandaskan syariat Islam.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...

Pautan D'SinarWorld

PROWIR Masjid Al barakah PEMUDA

  ©Template by Dicas Blogger.