Thursday, 11 June 2009

Apa yang paling | DEKAT, JAUH, BESAR, BERAT, RINGAN & TAJAM |

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum!

SUATU hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya, Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”

Murid-muridnya menjawab, orang tua, guru, kawan dan sahabatnya. Imam Al Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah ‘MATI’. Sebab itu sememangnya janji AllahS.W.T bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Al Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua, “Apakah yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?” Murid-murid menjawab, Negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Al Gjozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah ‘MASA LALU’. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Lalu Imam Al Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga, “Apakah yang paling besar di dunia ini?” Murid-muridnya menjawab, gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Al Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah ‘NAFSU’(Al A’Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, “Apakah yang paling berat di dunia ini?” Ada yang menjawab besi dan gajah. Semua jawapan adalah benar, kata Imam Al Ghozali, tapi yang paling berat adalah ‘MEMEGANG AMANAH’ (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah S.W.T, sehingga banyak daripada manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memgang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, “Apa yang paling ringan di dunia ini?” Ada yang menjawab, kapas, angina, debu dan daun-daun. Semua itu benar kata Imam Al Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah ‘MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan solat.

Dan pertanyaan keenam adalah, “Apakah yang paling tajam di dunia ini?” Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam Al Ghozali, tapi yang paling tajam adalah ‘LIDAH MANUSIA’. Kerana melalui lidah, manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Sama-samalah kita RENUNGKAN….

0 Nasihat Sahabat:

Selamat Datang Ke:

Photobucket

Komen D'SinarWorld

About Me

My photo
Assalamualaikum...Aku bukanlah insan sempurna.. Aku hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan dan ingin mencari sebuah kehidupan yang sempurna berlandaskan syariat Islam.. Moga Allah akan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan ku...

Pautan D'SinarWorld

PROWIR Masjid Al barakah PEMUDA

  ©Template by Dicas Blogger.